Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Terkini Najib Akan Saman Muhyiddin. Ini Puncanya. | Tidak lama selepas Muhyiddin letak jawatan PM, Najib terkini tekad akan saman Muhyiddin. Ini punca sebenarnya. Tak sangka.

PUNCA SAMAN NAJIB

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia akan memfailkan saman terhadap Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berhubung kenyataan berkenaan campur tangan dalam proses mahkamah.

saman najib razak senyum

Najib merujuk kepada ucapan Muhyiddin tengah hari tadi yang antara lain menyebut dia tidak akan “bersekongkol” dengan kumpulan “kleptokrat” dan mengganggu kebebasan mahkamah.

“Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani.

“Sebab itu, peguam saya akan mengemukakan saman fitnah serta mohon kepada mahkamah untuk ambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah,” kata Najib dalam hantaran di Facebooknya, malam ini.

Hantaran itu turut melampirkan gambar laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan itu.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menegaskan dia tidak akan mengorbankan prinsipnya demi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Najib secara sinis mengingatkan Muhyiddin siapa yang sebenarnya rakus kuasa politik kerana mahukan jawatan.

Najib merujuk kenyataan Muhyiddin bahawa dia gagal menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) – sekurang-kurangnya sehingga selesai menguruskan wabak Covid-19 – disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa.

“Dia kata dia turun sebab ada yang rakus kuasa mahu jawatan dia.

“Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang (Dr) Mahathir (Mohamad) dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa,” katanya lagi, sambil membangkitkan penggantungan Parlimen selama tujuh bulan susulan proklamasi darurat.

Walaupun kerajaan menyatakan pengisytiharan itu untuk melawan wabak Covid-19, sejumlah pihak terutama pembangkang mendakwa ia dibuat kerana majoriti Muhyiddin dipersoalkan.

Sumber: FB Najib Razak via Malaysiakini

Share.

Leave A Reply