Tetamu Tiada Adab | Assalamualaikum. Ini pertama kali aku tulis confession kat sini hanya untuk meluahkan. Maaf jika tulisan aku ni agak bercelaru sebab aku tak pandai karang ayat. Hihi.
Sedikit pengenalan : Aku perempuan berumur 19 tahun tinggal dengan ibu
dan nenek serta 3 adik beradik semuanya perempuan.
Biasa la kan bila tinggal dengan nenek ni ramai yang datang sebab nak
tengok nenek tapi bukan bermaksud boleh buat sesuka hati sebab ‘rumah
nenek ‘ lah katakan.
Adab tetamu tu perlu ada jugak bukan main terjah je. Tetamu yang aku
cerita ni mostly sepupu sepapat.
Antara benda yang aku tak puas hati dgn tetamu tiada adab ni:
1) Main terjah masuk rumah orang/ intai ikut tingkap.
Semua orang atas rumah aku ni perempuan kot, takkan takleh nak fikir
bagi salam dulu tunggu orang bukak pintu.
Dah la lelaki pulak tu, dah tahu atas rumah ada orang perempuan pandai
la ketuk dulu ni terus masuk. Yang perempuan faham faham laa korang
pakai macam mana atas rumah kan bukan pakai elok sangat pun.
Ada pulak tu bagi salam pastu intai ikut tingkap jenguk-jenguk tengok
orang. Family aku yang kadang-kadang tengok tv, tengah baring-baring pun boleh
nampak. Sapa yang tak gelabah wehhhh.
Banyak kali lahh bukan sekali berlaku.
Ada yang terus naik time kakak aku tengah baring atas sofa. Ada yang
time adik aku baru lepas keluar mandi tiba-tiba ada orang intai ikut
tingkap. Ada time family aku tengah baring santai-santai tengok tv. Eii geram
laa jugak dengan manusia macam ni.
2) Datang rumah tak kira masa.
Ada satu family saudara aku ni suka datang time makan (malam &
tengahari). Datang bukan sorang wehhh, satu family siap bawak cucu
menantu. Ada la jugak total 15 orang lebih kurang.
Dah la datang tak bagitahu awal-awal memang niat nak makan pun sebab
diorang datang dengan perut kosong. Mak aku yang penat-penat kena masak
banyak mujur mak aku jenis prepare awal-awal.
Memang tiap-tap kali datang waktu makan mostly tengahari. Kitaorang makan
lewat pukul 4 baru makan, pukul 1 tu kitaorang tengah rehat-rehat, santai-santai
boleh dia datang.
Takkan la diorang tak tahu adab kot nak datang rumah orang ada masa
jugak (mesti tahu punya sebab diorang ni macam alim-alim).
Ada satu hari tu datang dekat 20 orang family dia sekali cucu menantu
waktu tengahari. Aku dah boleh agak memang dia nak buat makan situ sebab
lepas tu memang diorang nak pergi pantai. Takkan nak pergi perut kosong
kan?
Senang je dia buat macam restoran mentang-mentang mak aku baik memang selalu
masak. Waktu tu aku dengan mak aku baru balik dari kedai dia dah ada kat
rumah wehhhh.
Dah la aku nak mandi time tu. Memang penuh rumah dengan budak-budak hampir 8
orang. Pastu sorang tuu sibuk sangat nak borak, memang annoying wehh
mak aku kalut nak masak dia sibuk nak borak dah laa duk kat dapur.
Korang rasa selesa tak?
3) Buat macam rumah sendiri.
Datang rumah orang pastu pergi dapur makan segala makanan yang ada.
Tudung saji pun bukak. Kalau ada bungkusan makanan tak bukak lagi pon
diorang bukak makan sampai habis gaisss 🙂
Kalau mintak tak pa la jugak, ni masuk-masuk dapur makan je. Aku kalau pegi
rumah sedara kalau orang jemput pun segan nak makan sampai habis.
Roti, kuih yang ada tanpa segan silu bukak makan. Bukan nak berkira tapi
mana adabnya. Mana tahu tuan dia nak makan lagi ke ataupun nak buat
sahur ke. Common sense la wahai tetamu.
Ada satu family sedara aku ni memang selalu kebulur bila datang rumah
aku. Memang satu family perangai macam tu, datang rumah mesti bukak
saji, bukak periuk atas dapur dan sebagainya. Tuan rumah pun tak makan lagi.
Banyak lagi sebenarnya ada tetamu buat macam dia tuan rumah komen itu
ini, suruh buat itu ini macam kitaorang tak pandai dan tak pernah buat,
ajar orang suruh ikut cara dia.
Dia bebas sebab rumah aku kan tak ada lelaki, perempuan mana nak melawan
orang cakap, lebih-lebih lagi mak aku, terima je orang cakap apa.
Aku nak cakap kat sini sebagai tetamu jagalah adab tu, biar ada common
sense sikit. Even rumah saudara yang rapat pun sila hormat tuan rumah
jangan buat macam rumah sendiri.
Pergi rumah orang tu jaga mata jangan tengok-tengok keliling sampai tuan dia
tak selesa. Tak perlu nak komen itu ini, tu rumah dia, ikut dia la nak
buat apa.
Kita semua tuan rumah, cuba bayang kalau orang pergi rumah kau buat
macam tu, apa perasaan kau?
– Tuan rumah (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions