Tiada Pili Air Punca Bomba Sukar Padam Kebakaran Kilang Plastik | Arus elektrik yang masih aktif dan ketiadaan pili air menyebabkan pihak bomba berdepan kesukaran dalam operasi memadamkan kebakaran sebuah kilang plastik di Jalan Tasek 2, Simpang Ampat, Nibong Tebal, awal pagi tadi.

Tiada Pili Air Punca Bomba Sukar Padam Kebakaran Kilang Plastik

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, PBK Mohd Safi@Roslan Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi berhubung insiden kebakaran berkenaan.

Menurutnya, apabila pihaknya sampai ke lokasi kejadian mereka mendapati kebakaran terbabit hampir memusnahkan keseluruhan kilang terbabit.

Jelasnya, terdapat pencawang elektrik berdekatan dengan kilang itu dan pada masa sama arus elektrik juga masih tidak terpadam hingga menyukarkan anggota membuat proses pemadaman kerana ia berbahaya.

Selain itu, pihak bomba juga berdepan dengan masalah air apabila jentera ‘water tanker’ kehabisan bekalan manakala kilang berkenaan juga tiada pili dan memaksa kita menarik air pili dari kilang lain yang terletak kira-kira 500 meter.

Kebakaran tersebut akhirnya berjaya dikawal pada jam 4.35 pagi dan kini anggota masih lagi berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pengawalan memandangkan masih terdapat haba serta memastikan ia tidak merebak ke kilang besi yang terletak bersebelahan kilang plastik itu.

Jelasnya, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam insiden kebakaran itu.

Pemeriksaan yang dijalankan di dalam kilang berkenaan menemui bahan api dipercayai petrol atau diesel yang menyebabkan kemerebakan api dan buat masa ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi pemadaman itu dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap dengan bantuan BBP Batu Kawan, Nibong Tebal dan Bayan Baru.

Operasi berkenaan turut disertai Pasukan Bomba dan Sukarela (PBS) berdekatan.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply