Tindakan Mandikan Remaja Seperti Jenazah. Ini Komen PU Syed | Khalifah Media Networks – Baru-baru ini, kecoh viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang remaja lelaki dipercayai terpaksa dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid kerana disyaki mencuri tabung masjid.
Video terbabit telah menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed untuk memberi pendapat. Menurut PU Syed, 39, tindakan menviralkan rakaman itu boleh mengundang masalah lain sekiranya ada pihak yang salah faham.
Malah, kata pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak, ia seolah menampakkan agama Islam membenarkan berbuat zalim kepada umatnya.
Selain itu, di ruangan komen rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan PU Syed kerana merasakan kelakuan itu terlampau keterlaluan.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 1:25 saat itu memaparkan remaja berkenaan sedang terbaring sambil dimandikan oleh seorang individu yang dipercayai merupakan imam masjid.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku dan bilakah tarikh klip video itu dirakam.
Sumber : Oh Bulan
Johor Masih Kekalkan SOP Solat Dengan Jarak Setengah Meter | Khalifah Media Networks – Johor akan terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dengan jarak satu setengah meter meskipun terdapat penularan COVID-19 di sebuah masjid, di sini baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kes yang melibatkan kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana. Ini tidak akan mengubah SOP itu yang baharu berkuat kuasa 7 Jan lepas.
“Setakat ini kami kekalkan jarak setengah meter di masjid walaupun ada kes di Pulai Perdana. “Ia tidak berkait rapat dan tiada sebarang arahan daripada Sultan Johor.” Katanya dalam sidang media selepas melancarkan Misi Bantuan Pascabanjir, di sini hari ini.
Baca selanjutnya Di Sini..