Tips Bersihkan Microwave. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS :  Microwave adalah salah satu perkakas dapur yang wajib ada di setiap dapur rumah. Setiap kali memasak, dinding microwave mesti akan ada kesan percikan minyak hasil dari masakan kita. Nak guna microwave ni kita kena rajin, selepas guna anda harus terus membersihkannya. Jika ditinggalkan, kotoran itu akan menghasilkan bakteria.

microwave

Ini tips membersihkan microwave di dapur anda:

1. Perah sedikit jus lemon ke dalam air dan panaskan microwave selama tiga minit di dalam cawan atau bekas terbuka. Selepas itu, biarkan microwave tersebut sejuk. Kemudian gunakan air lebihan campuran untuk lap microwave. Biar sehingga kering.

2. Campur satu sudu teh serbuk penaik atau cuka bersama secawan air panas. Ia bertindak sebagai agen pembersih terbaik untuk mengelap bahagian dalam microwave.

3. Elak dari menggunakan berus besi, berus keluli atau agen menyental disebabkan ia akan merosakkan gelombang microwave . Dah la beli mahal, tiba-tiba sental dengan berus besi terus jahanam.

4. Selepas panaskan lauk pauk, anda mestilah terus mencuci setiap lelehan atau percikan hidangan secepat mungkin dengan menggunakan kain kering dan kain tersebut mestilah kain bersih. Jika bersihkan dengan secepat mungkin, percikan atau lelehan tersebut tidak akan kering disitu.

5. Kalau kita selenggara dan bersihkan microwave sebaiknya barulah microwave tersebut akan tahan lama dan hidangan yang dipanaskan bebas dari bakteria.

6. Guna agen pembersih khas berbentuk kimia atau sabun hanya dibahagian luar microwave sahaja. Jangan guna bahan kimia seperti sabun untuk bersih di bahagian dalam.

7. Amalkan alas pinggan sebagai lapik hidangan yang hendak dipanaskan. Ia bertujuan supaya lelehan dari hidangan tersebut terus meleleh ke dalam pinggan terus.

8. Basuh dan lap kering piring microwave setiap kali lepas guna. Amalkan setiap hari jika hendak microwave tersebut sentiasa bersih.

Sumber: azyyatiliah

Share.

Leave A Reply