TIPS: Cara Memotong Daging Dengan Betul

| June 14, 2020 | 0 Comments

TIPS: Cara Memotong Daging Dengan Betul  | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Musim-musim PKP macam ni ramai ang terperap kat rumah. PKP pon dah bertukar ke beberapa fasa dari PKP ke PKPB dan bertukar lagi ke PKPP. Tentu dah macam-macam menu yang anda berjaya buat sepanjang tempoh PKP ini kan. Yang tak pandai masak pon boleh jadi hebat sebab har-hari praktis menu baru.

Sebelum ini admin asyik berkongsi resepi sahaja ye. Kali ini admin nak berkongsi tentang tips pulak iaitu tips cara memotong daging bagi mengelakkan daging itu liat. Sebelum ni admin pon main bedal je potong daging asalkan boleh makan. Rupa-rupanya daging ni ada cara potong yang betul bagi mengelakkan daging tersebut liat apabila masak nanti.

Daging merupakan bahan mentah yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Macam-macam masakan yang anda boleh guna daging sebagai bahan utama seperti kari daging, BBQ daging, rendang daging, daging masak sambal dan macam-macam lagi yang anda boleh olah menjadikan satu hidangan yang lazat. Asalkan chef yang nak masak tu hebat dan kreatif.

Untuk menghasilkan hidangan yang lazat, anda perlu mengambil kira tekstur bahan yang anda gunakan tersebut. Seperti contoh, jika rasa masakan itu dah sedap, tapi tiba-tiba tekstur daging yang anda guna tersebut agak liat dan susah untuk anda kunyah daging tersebut memang potong mood untuk makan. Jadi kali ini jom kita belajar cara potong daging supaya tidak liat dan dapat makan dengan nikmat.

Daging seharusnya dipotong dengan cara yang betul supaya ia memberi kesan kepada kelembutan daging tersebut.

Pertama sekali, tuan puan mesti lah menentukan arah urat daging tersebut. Ia boleh dilihat di permukaan daging itu sendiri. Tetapi perlu diingatkan bahawa menentukan urat di kepingan daging yang besar adalah sedikit sukar kerana di setiap bahagian ia terdiri beberapa bahagian otot yang mempunyai uratnya tersendiri.

Seterusnya anda haruslah memotong daging dengan merentas uratnya untuk melembutkan daging tersebut. Dengan cara memotong daging secara merentas urat dengan memotong otot kepada segmen yang lebih kecil akan menyenangkan untuk mengunyah daging tersebut. Sekiranya daging dipotog megikut arus urat, daging tersebut akan menjadi sedikit liat dan susah untuk anda menguyah apabila dah menjadi masakan.

Tapi mesti diingatkan, jika daging tersebut anda baru keluarkan dari peti ais dan masih beku, anda mestilah menunggu daging tersebut tidak beku. Baru la senang untuk menentukan arah urat daging tersebut. Tapi kalau dah tak sempat tunggu, potong je lah ikut cara anda asalkan boleh makan.

Kredit: Siakap Keli

Tags: , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *