Resepi Sup Gearbox Padu

| June 14, 2020 | 0 Comments

Resepi Sup Gearbox Padu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Kali ini saya nak kongsikan resepi kaw punyalah. Ramai yang sangat menyukainya. Resepi yang saya nak kongsikan adalah Sup gearbox. Fuh tengok je gambar terus tertelan air liur tau. Sedap dia boleh terngiang-ngiang lah. Tulang yang besar ini pun membuatkan kita terasa berselera nak makan kan. Jadi sebelum ini kita cuba rasa dekat kedai kan? Apakata kali ini kita cuba untuk buat dekat rumah. Kita buat sendiri je senang cerita. Okay baiklah tanpa membuang masa, marilah kita bersama-sama mencuba resepi sup gearbox paling padu ini.

Bahan-bahan

1 ½ kilo tulang gear-box atau tulang rusuk lembu
2 biji Bawang besar, di belah empat
8 ulas bawang putih – di belah dua
2 inci halia, di hiris nipis
8 biji buah pelaga
4 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu sederhana rempah kurma
1 bungkus sup bunjut
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
3 liter air
1 sudu besar barli
daun sup secukupnya
perahan air limau nipis secukupnya

Cara membuat

1. Mula-mula rebus tulang gearbox sehingga empuk lebih kurang 1 jam, untuk memastikan daging lembut dan tidak liat, elakkan dari mengacaunya ketika merebus

2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelage dan rempah kurma. Tumis sebentar dan tambahkan sedikit air. Selepas itu, tuangkan ke dalam rebusan tulang gear box.

3. Masukkan sup bunjut, perahan limau nipis, air, bali dan garam. Kacau rata dan didihkan sebentar.

4. Sup gearbox sedia untuk dihidang.

Kredit: Resepi iCookAsia

 

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *