Resepi Cucur Maggi

| June 14, 2020 | 0 Comments

Resepi Cucur Maggi | Pernah tak dengar cucur maggi? Selalunya yang banyak kita dengar murtabak maggi ada la, cucur maggi tak pernah la pulak dengarnya kan? Haish, macam-macam la zaman sekarang ni. Tapi bila dah selalu asyik makan cucur yang sama ja, dah naik bosan la pulak. Hari ni apakata kita cuba merasa cucur maggi pulak. Macam manalah rasanya kan? Ni resepi dia.

Bahan – bahan :

1 pek mee segera

5 sudu besar tepung gandum

sedikit bawang besar dipotong dadu

sedikit lobak merah dipotong dadu

sedikit hirisan daun sup

sedikit udang segar

Garam secukup rasa

Sedikit serbuk kunyit

Air bersih secukupnya

 

Cara -cara :

  1. Rendam mee segera dengan air panas selama 2 minit.Kemudian toskan. Masukan ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Masukan semua bahan lain kecuali air ke dalam mangkuk berisi mee segera. Kacau rata. (Boleh juga kalau nak masukkan seperti isi ayam,sosej,kentang, daun kucai dan sebagainya- ikut citarasa anda)
  3. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit dan kacau bancuhan. Sehingga anda dapati semua bahan sudah sebati.
  4. Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng.
  5. Apabila sudah kekuningan , angkat dan toskan.
  6. Hidangkan semasa ia masih panas bersama secawan teh. Selamat Mencuba.

Kredit: malay kitchen

Amacam? Senang saja kan. Lepas ni memang selalu la anak mintak buatkan. Dah la sedap, kena pulak dengan selera kan. Memang tak cukup la satu pek maggi tu. Boleh la buat waktu minum petang nanti.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *