Tortila Bagus Untuk Berdiet

| June 14, 2020 | 0 Comments

Tortila Bagus Untuk Berdiet | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Harap semuanya sihat-sihat dan ceria selalu ye. Okay baiklah sapa yang nak berdiet? Mestilah kita nak makanan untuk berdiet tanpa berasa lapar bukan? Kalau nak berdiet menu resepi  ini adalah tepat untuk anda.  Ha menu  resepi apa tu? Okay baiklah menu yang saya nak kongsikan  ini adalah Tortila wrap. Tortila wrap ni sememangnya rendah karbo dan mengenyangkan tau. Jadi tanpa membuang masa, marilah kita mencuba resepi Tortila ini.

Bahan :
12 ketul jejari ayam (dipotong dari dada ayam)
minyak masak untuk menggoreng
1 biji telur (dipukul)
250 ml krimer sejat cair saji
125 g tepung
2 ½ garam
¾ sudu teh lada sulah
⅛ sudu teh paprika
⅛ sudu teh serbuk bawang putih
⅛ serbuk baking powder
1 paket frisee lettuce
1 tomato (dihiris)
6 keping tortilla lembut
1 biji bawang besar (dihiris nipis)

Bahan (pepper mayonis):
½ botol saji mayonis
1 sudu teh lada hitam (di blend kasar)
1 sudu teh jus lemon

Cara :
1. Dalam satu mangkuk, satukan mayonis, lada hitam dan jus lemon, kacau sebati.
2. Campurkan tepung, lada sulah, paprika, serbuk bawang putih dan baking powder serta garam.
3. Satukan juga telur yang telah dipukul bersama susu cair dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Sadurkan ayam bermula dengan campuran tepung, diikuti campuran telur kemudian kembali semula ke campuran tepung. Ulang langkah ini 2-3 kali sehingga saduran benar-benar tebal.
5. Panaskan minyak pada suhu menggoreng, kemudian goreng saduran ayam hingga kuning keemasan. Ketepikan
6. Sapu tortilla dengan pepper, mayonis diikuti dengan frisee, lettuce, tomato dan bawang.
7. Kemudian letak dua keping jejari ayam yang digoreng tadi dan boleh tambah cili sos mengikut citarasa.
8. Lipatkan tortilla dan sedia untuk dihidang.

Kredit : Resepi iCookAsia

Haa, macam mana? menarik bukan? Jadi marilah kita buat resepi ini. Pastinya sedap dan sihat.

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *