Tips Pindah Rumah Tanpa Stress

| August 9, 2020 | 0 Comments

Tips Pindah Rumah Tanpa Stress | Pindah rumah adalah perkara yang melecehkan. Banyak benda yang kena uruskan. Nak kena kemas barang, angkut perabot yang berat dan label semua barang yang telah dikemas supaya tidak hilang dan lagi membuat anda stress jika tidak jumpa barang yang dikehendaki. Dengan tips-tips yang dikongsikan ini harap anda tidak stress lagi.

1. Pastikan anda tiada apa-apa komitmen atau temu janji pada hari perpindahan.

Susah juga kalau pada saat terakhir baru anda teringat tentang temu janji yang dibuat 2 minggu lepas. Pastikan anda betul-betul lapang pada hari tersebut. Sebaiknya, pilihlah hari minggu atau cuti umum.

2. Buat Senarai Semak (‘Checklist’)

Tuliskan kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa hari perpindahan. Ini memastikan anda membuat kerja secara tersusun dan sistematik.

3. Hantar notis kepada tuan rumah

Sekiranya anda menyewa, jangan lupa hantar notis kepada tuan rumah mengikut terma dan syarat yang dipersetujui kedua belah pihak.

4. Hubungi pihak bank, syarikat utiliti (TNB, SYABAS), Astro, insurans, dll untuk kemas kini alamat.

Penting untuk meneruskan komunikasi anda dengan syarikat-syarikat di atas.

5. Jangan lupa langsaikan kesemua bil

Bil telefon, bil Astro, bil TNB dan lain-lain seeloknya dibayar sebelum perpindahan.

6. Pastikan ada air, elektrik dan gas di rumah baru

Susah pula nak buat kerja di rumah baru tanpa air dan elektrik, kan?

7. Kaji dan cari syarikat lori untuk tujuan perpindahan yang sesuai.

Dapatkan sekurang-kurangnya 5 sebut harga daripada syarikat lori yang berbeza untuk memahami harga pasaran bagi servis sewa lori (atau dapatkan 5 sebut harga dalam masa 30 saat). Pastikan juga anda berbincang dengan pengusaha lori tersebut tentang saiz lori yang diperlukan serta terma dan syarat yang dikenakan.

8. Pastikan lori ada kebenaran masuk di tempat pengambilan dan penghantaran, terutamanya di kondominium yang ada pengurusan.

Ini amat penting kerana sekiranya tiada kebenaran, lori tidak dapat masuk ke dalam kawasan rumah. Anda mungkin akan dikenakan caj perjalanan kedua pada hari berlainan atau caj menyimpan barang oleh syarikat lori (yang boleh mencecah sehingga empat angka semalam).

9. Jual barang lama dan gunakan duit untuk bayar sewa lori

Kalau ada perabot-perabot yang lama yang tidak dipakai, lebih baik jual kepada kawan-kawan ataupun di Mudah.my. Duit itu boleh digunakan untuk membayar syarikat lori untuk tujuan perpindahan.

10. Rancang susunan perabot di rumah baru

Orang putih cakap ‘Failing to plan is planning to fail’. Pastikan anda tahu susunan dan kedudukan setiap perabot yang hendak dipindahkan ke rumah baru.

11. Nyahfros (‘Defrost’) peti sejuk sehari sebelum perpindahan dan lap apa-apa cecair

Ini untuk mengelakkan lantai anda basah di rumah baru anda.

12. Sediakan “Barang-Barang Hari Pertama”

Anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak-kotak pada hari pertama. Seeloknya anda menyediakan “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain. Pastikan barang-barang anda dibungkus secara efisien.

13. Beli kotak dan pita pelekat

Boleh juga minta daripada kedai-kedai runcit sekiranya mereka ada kotak-kotak yang tidak digunakan untuk tujuan membungkus barang anda. Inilah 3 tempat untuk mencari kotak secara percuma.

14. Beli pembalut plastik

Elak barang anda daripada kotor atau tercalar.

15. Mula dengan bilik yang jarang digunakan seperti stor

Yang senang dibuat dahulu.

 

Sumber: thelorry

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *