Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tok Batin Kini Ikon Vaksin Kepada Masyarakat | Tok batin sememangnya dikenali sebagai pemimpin komuniti orang asli yang bertanggungjawab terhadap isu-isu kebudayaan, adat resam, pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya demi manfaat komuniti orang asli.

Tok Batin Kini Ikon Vaksin Kepada Masyarakat

Mengikut peredaran masa, zaman dan teknologi telah meletakkan pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas dan kini diperluas sebagai ikon menentang salah faham tentang vaksin Covid-19, yang menakutkan masyarakat orang asli untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

Bagi menghapuskan ketakutan orang asli untuk menerima suntikan vaksin, seramai 40 orang Tok Batin di Perak telah dipilih baru-baru ini dan menjadi individu terawal menerima vaksin mewakili kawasan masing-masing bagi menyampaikan mesej kebaikan dan fungsi vaksin yang sebenar.

Pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di Orang Asli One Stop Center (OAOSC) Sungai Siput, kira-kira 50 kilometer (km) dari Ipoh, menjadi lokasi ‘kenaikan pangkat’ kepada Tok Batin tersebut yang turut hadir memakai pakaian kebudayaan mewakili komuniti masing-masing.

Menurut Tok Batin Kampung Pisang, Jalong di sini yang lebih dikenali sebagai Tok Nasiri, cabaran pertama yang perlu dilakukan adalah untuk menghapuskan stigma negatif vaksin yang diterima sesetengah masyarakat orang asli melalui media sosial agar lebih ramai penduduk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

Tambahnya lagi, masih ramai anak buahnya yang terpengaruh dengan berita palsu mengenai vaksin di media sosial contohnya seperti sekiranya mengambil vaksin tidak akan hidup lama, ada sakit dan sebagainya. Perkara sebegitu yang membuatkan mereka menjadi takut.

Sebagai Tok Batin, sebaik sahaja pulang daripada menerima vaksin dia akan memberi nasihat dan yakinkan mereka bahawa vaksin dapat membantu diri, keluarga dan masyarakat dijauhkan daripada Covid-19.

Tok Batin Kampung Manggis Pesium, Alang Pandak, 66, pula berkata, beliau juga akan cuba memujuk sebahagian kecil penduduk orang asli di kawasannya dengan menceritakan kebaikan vaksin sekali gus menjadi contoh kepada penduduk setempat.

Dia akan menceritakan pengalamannya selepas divaksin kepada penduduk dan menafikan berkenaan berita mengarut yang didengari di media sosial untuk menakutkan mereka. Sebenarnya, masyarakat orang asli di sini dengan kebanyakannya Suku Temiar, menerima sahaja untuk disuntik vaksin cuma menunggu program seperti ini datang ke kawasan mereka.

Mereka sedang menunggu panggilan untuk divaksin kerana mereka juga ingin mengurangkan peningkatan Covid-19. Di kawasan mereka terdapat dewan, jadi lebih baik sekiranya kerajaan negeri menyediakan PPV bergerak di sana kerana terdapat orang kurang upaya (OKU) dan yang tidak boleh bergerak.

Dalam pada itu, Tok Batin Pos Poi, Eley Busu, 53, berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri menyediakan PPV bergerak yang lebih dekat dengan kawasannya memandangkan jarak ke lokasi PPV bergerak OAOSC dari tempatnya kira-kira 30 km dan kawasan tersebut masih berlaluan tanah merah.

Katanya, Mungkin selepas ini kerajaan negeri boleh masuk ke dalam Pos-Pos Orang Asli yang jauh dari sini contoh macam Pos Kuala Mu kira-kira 40 km daripada PPV ini dan tempat mereka pula 30 km. Walaupun ada masyarakat yang tidak mahu terima vaksin namun mereka sebagai tok batin sentiasa terima (situasi itu). Mereka akan menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat orang asli di kawasan masing-masing.

Sementara itu, seorang warga emas, Long Senah, 88, berkata, beliau gembira menerima suntikan vaksin kerana ingin turut serta menyokong kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Seramai 100 orang masyarakat orang asli di Perak yang terdiri daripada 40 orang tok batin dan 60 warga emas menjadi antara penerima terawal vaksin dos pertama melalui program PPV Bas Bergerak MARA Liner Sdn Bhd yang beroperasi memberi vaksin selama 10 jam sehari tanpa mengambil kira pendaftaran melalui MySejahtera.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperkenalkan bas bergerak MARA Liner yang dijadikan sebagai PPV bergerak untuk membawa vaksin ke perkampungan orang asli dan masyarakat di pedalaman.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply