Tular Video Oki Setiana Dewi Normalisasikan Keganasan Rumah Tangga. Ini Respon Beliau | Khalifah Media Networks – Pendakwah bebas Ustazah Oki Setiana Dewi dikecam teruk selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menormalisasi keganasan rumah tangga.
Oki Setiana Dewi recently received the attention of many people because in her Tiktok video, she is considered to normalize domestic violence in the content of her lecture. It made a lot of people angry. Many say why Oki Setiana Dewi can so consider domestic violence as usual. pic.twitter.com/8LgWQpoLzV
— Haluan Media (@haluandotco) February 3, 2022
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Oki tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Katanya, rakaman ceramah yang viral di media sosial itu diberikannya sekitar dua atau tiga tahun lalu. Tegas Oki, dia tidak menyokong tetapi menentang kekerasan dalam rumah tangga.
Assalamualaikum sahabat semua, kelmarin saya mendapat mesej dari beberapa teman mengenai potongan ceramah saya dua atau tiga tahun lalu.
Terima kasih atas perhatian dan kasih sayangnya. Sudah tentu saya sangat menolak kekerasan dalam rumah tangga.
Mohon maaf atas kesalahan dalam menyampaikan dan semoga Allah mengampuni saya dalam setiap kesalahan-kesalahan saya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, selebriti terkenal ini juga menyatakan dia akan lebih berhati-hati dalam memberi syarahan di samping memperbaiki diri demi kebaikan di masa kelak.
Mohon doa agar Allah membimbing setiap ucapan hingga ke depannya mendatangkan maslahat.
Insya-Allah saya akan terus belajar, memperbaiki diri dan menyampaikan dengan lebih baik di masa hadapan. Mohon bimbingan juga daripada semua sahabat.
Sumber : Oh Bulan
Jemaah Mengambil Peluang Iftar di Masjidil Haram | Khalifah Media Networks -Ribuan jemaah mengambil peluang iftar di Masjidil Haram sempena bulan Ramadan ini. Baca selanjutnya.
RIYADH: Ribuan jemaah duduk dalam barisan panjang di Masjidil Haram sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa pada hari pertama berpuasa semalam.
Jamuan berbuka puasa turut diperluaskan di dalam Masjidil Haram iaitu di tempat-tempat yang ditetapkan, sekali gus menyaksikan interaksi pelbagai budaya dan bangsa ketika berbuka puasa, lapor Arab News.
Baca selanjutnya Di Sini…