Tular Video Pekerja Tanggalkan Penanda, Masjidil Haram Benarkan Solat Rapat-Rapat Mulai Hari Ini | Khalifah Media Network – Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini.

Tular Video Pekerja Tanggalkan Penanda, Masjidil Haram Benarkan Solat Rapat-Rapat Mulai Hari Ini

Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.

Menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memaklumkan kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka. Kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.

“Pekerja dan pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna”, katanya.

Kementerian juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya. Untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.

Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka.

Menurut kementerian itu lagi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di tempat-tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna.

Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing.

Number : Astro Awani

 

Subuh Pertama Di Masjidil Haram Tanpa Penjarakan Fizikal | Khalifah Media Network – Dikhabarkan bahawa solat jemaah Subuh pada hari ini di Masjidil Haram di Makkah. Ianya telah berlangsung dengan kapasiti penuh jemaah. Tanpa penjarakan fizikal selepas Arab Saudi melonggarkan sekatan Covid-19, baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr. Saad Mohamed Al-Muhaimid, persediaan dibuat untuk pengoperasian penuh masjid itu. Dalam masa sama memastikan keselamatan semua jemaah terjamin.

Share.

Leave A Reply