Tular di media sosial apabila sekumpulan pelajar lelaki menjadikan seorang nenek sebagai mangsa buli mereka di Sumatera Utara, Indonesia.

Seorang warga emas yang sedang berjalan di tepi jalan didekati oleh sekumpulan yang dipercayai berjumlah enam remaja yang sedang menaiki motosikal.

Kebanyakan mereka masih memakai pakaian seragam sekolah ketika kejadian itu berlaku.

Salah seorang daripada pelajar tersebut yang membonceng motosikal menadah tangan di hadapan wanita itu seperti meminta sesuatu.

Warga emas itu membawa bungkusan plastik yang dipercayai mengandungi makanan.

Bagaimanapun, salah seorang pelajar itu secara tiba-tiba meluru ke arah wanita itu dan menendangnya sehingga terjatuh di tepi jalan.

Lebih menyedihkan apabila tindakan itu hanya dibiarkan oleh rakan-rakan lain yang mentertawakan nenek berkenaan.

Wanita itu kemudian bangun dan berjalan kaki meninggalkan lokasi kejadian manakala kumpulan remeja tersebut meneruskan perjalanan mereka tanpa rasa bersalah secara beramai-ramai.

“Tiba-tiba kau datang tendang makcik tu dah kenapa ? Apa salah dia ?” komen salah seorang netizen di akaun Twitter MalaysiaVirall.

Susulan itu, video berdurasi 13 saat itu mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan kumpulan pelajar tersebut sebagai tidak mempunyai adab.

Menurut laporan Detik.com, Ketua Polis Tapanuli Selatan, AKPB Imam Zamroni berkata, pihaknya telah menahan enam pelajar yang terlibat dalam kejadian itu susulan video yang tular pada Sabtu lalu.

Menurut Imam, terdapat dua insiden membabitkan wanita yang sama apabila enpat individu memukulnya manakala seorang lagi menendang mangsa.

“Enam orang di dalam video menendang ada lima kelihatan dalam video pukul dengan kayu. Terdapat empat pelaku dalam video tetapi jika digabungkan hanya enam pelaku daripada dua kejadian itu,” kata Imam menerusi laporan Detik.com.

“Pelakunya masih pelajar, mereka berusia antara 15 tahun hingga 16 tahun dan pelaku masih menjalankan pendidikan vokasional” katanya.

Menurut akaun Twitter milik @ndagels, enam pelajar tersebut telah ditahan dan ibu bapa kepada  enam remeja berkenaan telah membuat ucapan maaf atas tindakan anak-anak mereka yang tular di media sosial.

Image

Menjengah di ruangan komen di Twiiter, rata-rata netizen mengecam tindakan enam remaja tersebut terhadap seorang nenek tua itu.

Sumber : Mstar

 

Share.

Leave A Reply