Baru-baru ini, isu penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias, dipercayai telah disihir mendapat perhatian ramai pihak.

Ustaz Kazim Elias Terima Bon 1 Juta Euro Dari VIP. Ini PENJELASAN Beliau

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh beliau tempoh hari.

Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa enam individu tampil bersemuka memohon maaf kepadanya.

Mereka dipercayai memohon maaf kerana telah melakukan perbuatan sihir tersebut ke atasnya.

Terkini, menerusi laman Facebooknya miliknya, beliau meluahkan rasa kesal terhadap beberapa individu yang dipercayai dari kalangan VIP.

Individu tersebut didapati cuba mengambil kesempatan terhadap mereka yang sedang ditimpa musibah sepertinya.

Difahamkan, terdapat seorang individu yang bergelar VIP telah memberikan sumbangan kepadanya.

Sumbangan itu berupa satu bon bernilai 1 juta Euro (RM4.7 juta) diberikan kepadanya pada 4 Jun semalam.

“Dalam sakit-sakit ni datang pulak ‘Dato, Dato Seri’ bagi sumbangan bon 1 juta Euro kepada Al Barakah 8 malam tadi. Boleh tebus dalam tempoh sebulan.

“Lepas ni boleh beri tumpuan sepenuhnya pada sekolah sahaja, dah tak perlu keluar berceramah.

“Menggigil tangan bila mereka serahkan tadi, 1 juta Euro bersamaan berapa juta RM ya?

“Allahu Akbar, takutlah kepada Allah S.W.T, kita akan mati.

“Dia ingat kami di Al Barakah ni b****h gamaknya,” tulisnya dalam kenyataan tersebut pada semalam.

Tambahnya lagi, takutlah kepada Allah S.W.T, kepada orang-orang sakit, orang-orang tua, anak-anak tahfiz, sekolah pondok sanggup ada yang ambik kesempatan.

Sehubungan itu, beliau berpesan kepada pengusaha-pengusaha maahad tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan insan sakit sepertinya untuk lebih berhati-hati dengan ‘scammer’.

Mereka ini berani melakukan kerja kotor itu secaran terang-terangan.

“Mula-mula kata nak ziarah, lepas tu nak tolong berubat lepas tu bagi bon. Lepas tu? Awas sampai anda tertipu!” tegasnya di penghujung kenyataan.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply