Siapa tak sakit hati bila kita terpaksa sabar dengan kesesakan lalu lintas tapi ada pula segelintir pemandu yang pentingkan diri, sesuka hati lalu lorong kecemasan.
Situasi ini membuatkan pemandu lain rasa tak puas hati dan juga pemandu yang menghalang laluan berkenaan untuk sukarkan pemandu degil ini lalu.
Bagaimanapun, lain pula situasi yang dialami seorang wanita yang sarat mengandung selepas terpaksa menahan sakit dalam kereta ketika semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuantan, Pahang.
Semua bagi laluan tapi tiba-tiba van halang. Keadaan menjadi semakin cemas bila wanita itu berasa tak selesa di bahagian perut dan mendapati berlaku pendarahan.
Disebabkan risau dengan keadaan bayi dalam kandungan, suaminya ambil keputusan untuk lalu lorong kecemasan dan membuka lampu kecemasan.
Pada awalnya, semua kenderaan memberikan laluan tetapi ada sebuah van menghalang laluan menyebabkan mereka terpaksa masuk ke laluan biasa yang sedang sesak.
Kandungan wanita tersebut dalam keadaan baik. Tiba di hospital, doktor mengesahkan kandungan dalam keadaan baik dan pendarahan berlaku hanya kerana komplikasi geseran uri.
Rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur dan melihat situasi ini berlaku kerana terlalu ramai yang salah guna lorong kecemasan menyebabkan orang sudah tidak percaya dan beri laluan kepada mereka yang betul-betul dalam kecemasan.
Ini merupakan reaksi-reaksi netizen setelah melihat video yang dimuatnaik di TikTok yang bernama @izatykhai. Orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap orang yang menggunakan laluan kecemasan. Terdapat juga netizen menceritakan pengalaman mereka ketika mengggunakan laluan kecemasan.
@izatykhai Pengalaman ✨ Terima kasih pada kereta yang beri laluan , kami suami isteri Betul emergency waktu tu 🫶🏻
Sumber : Oh Media