Kejadian mengugut warga asing meminta wang bukan sahaja berlaku dalam filem namun realitinya berlaku dalam kehidupan kita.

Ini dibuktikan apabila tular sebuah video seorang lelaki dipercayai bertindak mengugut warga asing dihadapan anaknya pada Selasa di Kedah.

Insiden tersebut berjaya dirakam menerusi telefon pintar seorang peniaga yang sedang menjalankan perniagaan di kawasan kejadian.

Lelaki yang memakai topi itu dilihat mengambil barangan di dalam raga motosikal mangsa sebelum tangan suspek mengambil barang peribadi warga asing terbabit.

Ketika kejadian, lelaki warga asing itu dilihat bergelut dengan suspek sehingga menyebabkan anaknya ketakutan dan menangis.

Namun secara tiba-tiba seorang individu yang berada di lokasi menghalang perbuatan suspek dengan menyuruhnya memulangkan semula barang peribadi mangsa.

Difahamkan video kejadian berdurasi 38 saat itu dipercayai berlaku di Pasar Tani Guar Chempedak, Kedah.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang dipercayai ‘pau’ duit daripada warga asing itu.

“Walaupun dia warga asing tak patut buat macam itu, hormat sesama sendiri.

“Ada budak depan itu, tak ada akal ke yang pakai topi itu? Nanti Allah tunjuk dekat dia pula baru dia tahu.

“Kesiannya adik itu tengok ayah dia kena pukul.

“Hebat sangatlah itu, pukul depan budak kecil pula itu, semoga berjumpa buku dengan ruas.

Sumber : Majoriti

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Budak Sekolah Menikam Besi 5cm Pada Kepala Rakannya

Seorang budak sekolah nekad menikam rakan sekelasnya di bahagian kepala menggunakan besi kerana bertengkar, lapor Daily Mail.

Besi 5cm Tembusi Kepala

Imej ngeri memaparkan kecederaan pelajar lelaki berkenaan telah dikongsi oleh media tempatan di Mansoura Mesir. Imej itu menunjukkan kepala budak lelaki tersebut ditembusi dengan besi logam di atas telinga kirinya.

Besi yang kebiasaannya mempunyai pemegang yang menutupinya telah menembusi sedalam 5 sentimeter ke dalam tengkorak budak lelaki terbabit.

Pembedahan yang berlangsung selama lima jam itu telah memaksa doktor untuk membuang sebahagian daripada tengkoraknya dan kemudiannya diganti supaya kecederaan tersebut dapat dirawat.

Pegawai di Hospital Kecemasan Universiti berkata keadaan mangsa sedang pulih dan berada di wad unit rawatan rapi.

Pakar perubatan memuji mereka yang telah menghubungi perkhidmatan kecemasan dan tidak melakukan sebarang tindakan cubaan mengeluarkan besi itu sehinggalah mangsa sampai ke hospital.

Pakar perubatan berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada kesan sampingan mungkin akan terjadi berikutan daripada kecederaan ngeri yang dialami mangsa.

Polis tempatan dilaporkan sedang menyiasat kejadian itu dan dipercayai pelaku masih dibawah umur untuk tindakan jenayah yang boleh dijatuhkan kepadanya.

Polis juga tidak mendedahkan punca pertengkaran tersebut.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply