(VIDEO) Anak Lelaki Temui Ibu Kandung Selepas Terpisah 48 Tahun | PETALING JAYA – Pertemuan semula antara anak lelaki bersama ibu kandungnya selepas 48 tahun terpisah mengundang sebak orang ramai.

Difahamkan, Ahmad Suffian Mohd Shafie yang menetap di Seri Kembangan, Selangor bergegas ke Machap, Johor untuk pertemuan bersejarah dalam hidupnya itu.

Rakaman yang dipercayai dimuat naik isteri lelaki berkenaan di TikTok @Eyda_Badri memaparkan suaminya yang berusia 48 tahun bertemu ibu kandungnya pertama kali sejak dilahirkan.

@eyda_badri

ni sy kongsikan video ori misi mencari ibu suami. terima kasih bnyk² pd yg membantu km mencari, #fypシ alhamdulillah

♬ bunyi asal – eyda badri – eyda badri

Menerusi video berkenaan, Suffian mengajukan soalan kepada ibunya sama ada mengenali dirinya dengan memberi petunjuk tahi lalat di pipi, namun wanita berusia sekitar 60-an masih tidak dapat meneka dengan betul.

Tidak berputus asa disitu, Suffian memetik nama arwah bapanya yang digelar Pi’e dan bertanyakan nama anak bapanya itu yang mana orang itu dirinya.

Wanita tersebut yang mendengar nama berkenaan, terus menceritakan dirinya mempunyai anak bernama Suffian dengan lelaki berkenaan sebelum dihantar ke Perak sejak awal dilahirkan.

Sebaik sahaja mendengar jawapan tersebut, Suffian mengeluarkan kad pengenalannya lalu ditunjukkan kepada ibunya sambil berkata dirinya adalah anaknya yang terpisah itu.

Wanita tersebut terus mengalirkan air mata sejurus mendapat tahu bahawa lelaki yang berada di hadapannya adalah anaknya yang 48 tahun terpisah.

Sumber: Kosmo

 

Lelaki Akhirnya Jumpa Ibu Kandung Slps 28 Tahun Terpisah, Bawa Pulang Isteri & Anak2 | PETALING JAYA – Seorang lelaki menyentuh hati ramai pihak apabila memuat naik video dirinya kembali berjumpa dengan ibu kandung yang terpisah selama 28 tahun.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @marwanhariri13, difahamkan mereka terpisah antara dua negara iaitu Malaysia dan Satun, Thailand.

Jelas lelaki itu, ibunya berkahwin dengan ayahnya yang menetap di Kodiang, Kedah ketika sedang bekerja sebelum pulang ke negara sendiri untuk melahirkan adiknya.

“Alhamdulillah.. syukur. Penantian selama 28 tahun. Ramadan terindah. Pelukan seorang ibu yang ditagih sekian lama akhirnya Allah izinkan juga.

“Allah makbulkan segala doa. Tak terkata apa yang telah berlaku untuk keluarga kami. Allah permudahkan segalanya untuk ketemu syurga diri ini. Terima Kasih semua yang sentiasa mendoakan saya dan keluarga.

“Tahun yang penuh makna dapat beraya dengan ibu. Nikmat apa yang ingin didustakan lagi. Syukur pada Yang Maha Esa,” tulis lelaki itu pada kapsyen videonya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terharu melihat video tersebut dan ada juga berharap dapat bertemu keluarga kandung masing-masing yang sudah lama terpisah.

“Allahuakbar tiada seorang ibu pun yang sanggup berpisah dengan anak-anak melainkan keadaan yang memaksa demi kebahagiaan anak-anaknya. Sedihnya,” komen Haza.

“Terasa sebak dan sayu. Alhamdulillah masih berkesempatan berjumpa dengan ibu tercinta. Padamkan memori lama, bukalah lembaran baru,” komen Rosdi.

“Doakan saya dipertemukan dengan anak kandung saya. Kini usianya sudah 17 tahun,” komen seorang pengguna yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 1 juta tontonan, 64,000 tanda suka dan 2,691 perkongsian.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply