(Video) Ingatkan ‘Parcel’ Tak Sampai, Rupanya Ada Orang Curi | Sudah menjadi kebiasaan apabila tiada orang di rumah, bungkusan atau ‘parcel’ barang yang dihantar pihak kurier akan ditinggalkan di luar kediaman pelanggan.

(Video) Ingatkan 'Parcel' Tak Sampai, Rupanya Ada Orang Curi

Tapi jika ‘dicampak’ ke dalam pagar rumah juga belum tentu selamat! Situasi seperti itu dapat dilihat menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook, NurSha Amzah.

Tidak dapat dipastikan sekiranya dia adalah mangsa atau mungkin pelanggannya, namun NurSha bertanya kepada orang ramai mengenai tuntutan selepas bungkusan didakwa dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan rakaman berdurasi lebih kurang seminit itu, sebuah motosikal dipercayai berhenti di depan rumah mangsa sebelum si pembonceng bertindak mendekati pagar kediaman berkenaan.

Menerusi celah pagar, lelaki terbabit didakwa secara perlahan-lahan menggunakan sebatang besi panjang bagi ‘merembat’ dua barang daripada beberapa bungkusan yang ditinggalkan pihak kurier.

Selepas itu, dia dilihat segera beredar bersama penunggang motosikal dari lokasi kejadian sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

Rata-rata mengecam perbuatan dua lelaki terbabit yang dianggap memalukan kerana mereka kelihatan sihat tubuh badan namun memilih jalan melakukan jenayah.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung kejadian. Memang memalukan! Tak tahu apa isi dalam bungkusan tu, tetap nak ambil hak orang.

Sumber : Oh My Media

Share.

Leave A Reply