(VIDEO) Pasangan Warga Asing Berang, Minta Sedekah Tidak Dihiraukan | SIKAP prihatin rakyat Malaysia terhadap golongan susah seringkali disalah guna oleh segelintir pihak terutamanya warga asing untuk meminta sedekah meskipun mereka sebenarnya cukup sihat untuk bekerja.
Tular satu video memaparkan satu pasangan dipercayai warga asing datang ke sebuah kedai makan untuk meminta sedekah kepada pelanggan di premis tersebut.
@majoritiofficial Rasa macam makin lama mereka ni makin melampau! 🤨 #majoriti #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #pemintasedekah #wang
Namun menerusi rakaman berkenaan, pelanggan-pelanggan berkenaan dipercayai tidak menghulurkan wang kepada pasangan berkenaan.
Selalu datang tapi tak dihiraukan
Difahamkan menurut perakam video tersebut, mereka pernah datang ke kedai berkenaan beberapa kali untuk meminta sedekah, namun ia tidak membuahkan sebarang hasil.
Setelah gagal meminta wang daripada pelanggan-pelanggan di kedai berkenaan, mereka berang dan bertindak menolak kerusi di premis tersebut dan meninggalkan tempat berkenaan.
Setakat ini, lokasi kedai makan berkenaan masih tidak diketahui.
Pihak kedai perlu ambil tindakan
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut meluahkan ketidakpuashatian mereka terhadap segelintir warga asing yang mengambil kesempatan atas kebaikan rakyat Malaysia.
“Yang silapnya orang kita bagi sedekah tidak kena tempat. Segar tubuh badan minta sedekah, duit baik masuk dalam tabung masjid. Bagi pendapat sayalah,” kata @rosilawatinawi.
“Puak ini ramai di Kuala Lumpur macam ini tapi tiada siapa ambil tindakan, income sehari mereka lagi masyuk daripada kita yang bekerja ini,” kata @catriana84.
Sementara itu, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.
Sumber: Majoriti
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Pengguna Lebuh Raya KL-Karak Berang Penyelenggaraan Jalan Dibuat Pada Cuti Raya | PETALING JAYA – Rata-rata pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengendali laluan tersebut, Anih Berhad ekoran kesesakan berlaku ketika ini.
Ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di lebuh raya terbabit sedangkan kebanyakan pengguna mula bergerak pulang ke kampung di Pantai Timur sejak semalam.
Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mendapati, pengguna mula ‘menyerang’ laman tersebut kerana ramai yang terperangkap dalam kesesakan di laluan tersebut sejak semalam.
Jelas pengguna, laluan tersebut mengalami kesesakan teruk bermula dari Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong.
“Time (masa) nak raya baru nak selenggara jalan, bertabahlah perantau-perantau semua,” tulis Hakim Zakaria.
“Dekat-dekat nak balik kampung baru nak selenggara, bagus sangat,” tulis Mohamad Hasra.
Turut meluahkan rasa kecewa adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Halim Ismail.
“Kenapa ‘repair’ hari ni, hari ini kan ‘last’ (hari akhir) sekolah, ramai ambil anak di asrama,” katanya.
Terdahulu, LPT memaklumkan, kesesakan itu berlaku di Kilometer (Km) 11.6 dari Km 20.2 sehingga Km 31.8.
“Pantai Timur 1 (LPT 1) trafik lancar sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” kata di laman Facebook.
Sumber: KMN
Baca Juga: Rider Langgar Lampu Merah Tak Perasan Polis Trafik Dibelakang
Segelintir penunggang motosikal sering kali dilihat melanggar lampu isyarat apabila keadaan sekeliling nampak ‘selamat’ untuk melakukan kesalahan tersebut.
Satu rakaman menerusi kamera badan polis bertugas menjadi bualan ramai apabila video tersebut menunjukkan seorang penunggang motosikal dikejar dari belakang selepas dia melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.
Semasa penunggang motosikal itu bergerak melanggar lampu isyarat merah, pegawai tersebut turut menunggang laju untuk mengejar individu tersebut sebelum kehadiran seorang lagi polis dari arah belakang.
Ketika kejadian, penunggang motosikal itu dilihat memecut laju yang mana menyebabkan polis itu turut mengejarnya dengan pantas.
Namun selepas beberapa saat, polis itu berjaya menahan lelaki tersebut selepas memotong beberapa buah kenderaan di laluan terbabit
Selepas berjaya menahan penunggang motosikal itu, polis dilihat mengeluarkan saman kepada lelaki terbabit kerana melanggar lampu isyarat merah.
Difahamkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang dan video tersebut dimuat naik pada Rabu oleh pengguna media sosial.
Sebelum ini pernah dilaporkan kejadian yang serupa, iaitu seorang gadis nyaris menjadi mangsa kemalangan apabila hampir dilanggar sebuah bas gara-gara tidak mematuhi lampu isyarat merah di Kuantan, Pahang.
Pesanan buat pembaca adalah untuk sentiasa patuhi undang-undang jalan raya walaupun jalan yang kita lalu ‘nampak’ selamat untuk melanggar lampu merah kerana dari satu kesalahan yang dibuat akan menjadi satu kebiasaan atau tabiat yang tidak baik pula.
Sumber: Majoriti