Dua ‘rider’ penghantar makanan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di di bawah Rawang Bypass dekat Rawang, Selangor pada Sabtu lalu.

Menerusi satu video tular yang dimuat naik di halaman Facebook info.semasa menunjukkan sebuah motosikal jenis SYM Sport Rider 125i bewarna hitam ditinggalkan di tepi jalan lebuh raya berkenaan dalam keadaan enjinnya masih hidup.

Hasil pemeriksaan kedua-dua lelaki tersebut menjumpai mayat di bawah Rawang Bypass yang tingginya hampir 60 meter.

Turut kedengaran suara salah seorang daripada mereka menerangkan situasi kejadian penemuan mayat tersebut.

“Astagfirullahaladzim, dekat Rawang Bypass. Menghala dari Bukit Beruntung ke Selayang. Ada orang terjun dari jambatan tapi tak tahu terjun atau jatuh.

“Itu orang eh. Datang tadi memang tinggal motosikal sahaja,” katanya sambil menunjukkan ke arah mayat tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat tersebut.

“Balai Polis Gombak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12 tengahari 10 Disember lalu yang memaklumkan satu lelaki telah terjatuh ke dalam hutan di Jalan Rawang Bypass dari arah Serendah ke Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati sebuah motosikal dalam keadaan enjin masih hidup berada ditempat kejadian. Di dalam hutan di bawah jalan Rawang Bypass telah dijumpai mayat satu lelaki Cina berumur 31 tahun,” katanya Majoriti.

Jelas Noor Ariffin lagi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Selayang.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat. Punca kejadian masih dalam siasatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan Polis.

Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hafifi Noni di talian 03-6192 7107/ 016-3335139.

 

Sumber : Majoriti Official

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Kejam!Dera Anak Sampai Meninggal Dunia & Tanam Mayat Tepi Jalan.

Kuala Lumpur: Seorang bapa ditahan kerana disyaki mendera anaknya hingga meninggal dunia sebelum menanam mayat kanak-kanak itu berhampiran sebuah tempat riadah, di sini bagi menyembunyikan perbuatannya, semalam.

Perbuatan kejam suspek itu terbongkar selepas polis menerima aduan isteri suspek pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun didera oleh suaminya.

Isteri suspek yang juga seorang warga asing berusia 41 tahun membuat laporan selepas mendapati anak yang berusia sembilan tahun dalam keadaan lemah dan darah keluar dari mulutnya sebaik pulang bekerja kira-kira jam 7 malam, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di kediaman keluarga itu di Jalan Pudu di sini, dan pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa suaminya ada memukul anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.

Sebaik menerima aduan, sepasukan anggota polis bersama pengadu ke rumah suspek untuk mengambil anaknya yang ditinggalkan namun anak serta suaminya tiada di rumah.

Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha mengesan suspek sebelum dia berjaya dikesan dan ditangkap di Jalan Pasar Pudu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, ketika dihubungi BH, hari ini mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang juga seorang penganggur, mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini.

Suspek kini direman tujuh hari dan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Noor Dellhan meminta orang ramai terutama ahli keluarga atau jiran supaya sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang kes dera yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau jiran masing-masing.

Sumber : KMN

 

Share.

Leave A Reply