Satu video tular di TikTok mendapat kecaman selepas ia berkongsikan maklumat tidak tepat berkenaan kandungan bahan terdapat dalam produk rempah keluaran sebuah syarikat yang dipasarkan di dalam negara.

Tangkap layar video tular di TikTok yang berkongsikan maklumat tidak tepat berkenaan sebuah produk rempah yang dipasarkan di dalam negara. (Gambar kanan: Tangkap layar ciapan di Twitter yang mengecam video tular tersebut.)

Video tersebut mendakwa maklumat dipaparkan pada produk terbabit menunjukkan rempah itu memiliki bahan terdiri daripada khinzir.

Begitupun, seorang pengguna Twitter dengan nama @KlutzyKucing berkata, maklumat dibaca oleh pemilik video itu bukanlah bahan terdapat dalam produk itu sebaliknya cadangan kegunaan masakan bagi rempah terbabit.

“Belajar bahasa Inggeris itu penting. Kesian dan bahaya bila yang tonton video pun sama-sama tak reti Bahasa Inggeris.

“Cik Kak, itu bukan ingredients atau bahan. Itu cadangan kegunaan untuk masakan apa,” katanya menerusi ciapan pada Rabu yang turut berkongsikan video tular itu.

@KlutzyKucing turut berkata, syarikat pemilik produk rempah itu seharusnya menyaman pemilik kandungan tersebut kerana menyebarkan maklumat salah.

Menjengah ruangan komen di laman sosial, pelbagai reaksi daripada orang ramai tentang video yang telah dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai nurshaheera.

“Salah dia sebab terlalu confident bila post. Tak semua benda boleh main upload buat content. Tak reti english, tanyalah member cerdik sikit. Malu bertanya sesat jalan. Dah memalukan Muslim lain.

“Salah siapa? Dah ni negara Malaysia, maka gunakanlah Bahasa Malaysia. Pelik betul. Cuba tengok negara lain… Malahan ada produk, katanya buatan Malaysia, tapi penerangan produk dalam bahasa Inggeris! Dan kenapa nak buli siber pada beliau yang merupakan rakyat Malaysia sendiri? Akhir sekali tidak perlu malu tak mahir dan tak fasih berbahasa Inggeris jika berurusan dalam Malaysia dan sesama rakyat Malaysia.

Masalahnya dia faham tak terms “Use on” tu.. Knp bila nmpk tulisan PORK je semua nak claim ada benda tu dlm dia ehh? Aduhaiii… Tolonglah sesiapa pegi pesan kat org mcm ni sila baca betul2 sebelum nak tetiba kelam kabut tak tentu pasal mcm ni.

Sumber : SH 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

FINAS Tak Bertanggungjawab Beri Kelulusan Filem Pulau

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.

FINAS Dakwa Adengan Keterlaluan Trailer Dalam Filem Pulau

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata, garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF).

Bagaimanapun, katanya, FINAS boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak.

“FINAS mengambil maklum berhubung isu video trailer filem Pulau yang tular dalam media sosial ketika ini.

“Trailer yang tular memaparkan beberapa adegan keterlaluan dan dilihat tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.

“Babak seperti ini tidak wajarnya dilakukan. Namun, kelulusan tayangan tertakluk di bawah LPF menerusi penguatkuasaan Akta 620, Akta Penapisan Filem 2002.

“Filem Pulau menerima kelulusan LPF pada September, tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan.

Md Nasir berkata, tugasan penapisan filem dilaksanakan tiga Ahli Lembaga Penapis dan keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga Penapisan.

“Sesuatu pertimbangan dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria ditetapkan tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.

“Filem adalah salah satu platform terbaik dalam menyemai semangat toleransi, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta bangsa.

“Namun, FINAS tidak menghalang atau menyekat usaha mana-mana pihak mengeluar dan menerbitkan karya seni sebagaimana termaktub dalam Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 dan pematuhan kepada prosedur permohonan lesen penggambaran yang meliputi Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Lesen Pengeluaran Filem (PF) dan Lesen Pengedaran Filem (DF) serta mana-mana akta perundangan Kerajaan Malaysia yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, FINAS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6 (2) selaku badan dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesen penerbitan filem tempatan.

“FINAS boleh membatalkan lesen jika pemegang lesen disabitkan kesalahan berkenaan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak.

“Sehubungan itu, FINAS menasihatkan agar penggiat seni lebih sensitif dan berhati-hati dalam penghasilan sesuatu karya kreatif dan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan.

“Ia bagi mengelak timbul prasangka tidak baik atau kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai latar belakang budaya dan agama,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply