Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Seorang Wanita Tolak Kanak² Perempuan Jatuh Ke Landasan Kereta Api. | WASHINGTON – Seorang wanita ditahan kerana didakwa menolak seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ke landasan kereta api di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), budak perempuan berkenaan dilihat berdiri di sebelah ibunya di sebuah platform apabila serangan itu berlaku.

Brianna Lace Workman, 32, yang duduk di belakang dua beranak itu dilihat berdiri dan menolak mangsa, kata pejabat Peguam Daerah Multnomah.

Kanak-kanak itu kemudian terjatuh di atas lantai sebelum menggelongsor ke landasan.

“Kanak-kanak itu jatuh dengan mukanya di atas rel logam dan batu sebelum diselamatkan dari landasan kereta api,” kata Peguam Daerah Multnomah, Mike Schmidt dalam satu kenyataan.

Mangsa dikatakan mengalami sakit pada kepala yang teruk dan mempunyai kesan merah di dahinya, kata Schmidt.

Workman dihadapkan ke mahkamah pada Khamis lalu atas beberapa pertuduhan percubaan melakukan serangan.

Mangsa juga dikatakan tidak melakukan perkara yang membawa kepada provokasi kepada Schmidt.

Sumber: Kosmo

Baca Juga: Wanita Maut Ditolak Lelaki Asing Di Hadapan Kereta Api

Seorang wanita maut selepas ditolak di hadapan sebuah kereta api bawah tanah yang sedang bergerak di Times Square, Bandar Raya New York, malam semalam, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.39 malam (waktu tempatan) di stesen Times Square–42nd Street selepas ditolak dari platform ke laluan kereta api yang menghala ke arah selatan.

Mangsa merupakan seorang wanita dari Asia berusia 40 tahun.

Penyerang dikenali sebagai Simon Martial adalah seorang gelandangan berusia 61 tahun, demikian menurut taklimat berita oleh Pesuruhjaya NYPD, Keechant Sewell.

“Tiada provokasi dilihat ketika insiden. Mangsa dilihat tidak berinteraksi dengan suspek,’’ kata Sewell.

Suspek bagaimanapun dilaporkan ada mengejek wanita lain yang bukan dari Asia sebelum kejadian itu.

Penjaga Palang Lompat Depan Tren. Ini Sebabnya.

Aksi berani dan lagak adiwira seorang penjaga palang lintasan landasan kereta api di Lamongan, wilayah Jawa Timur menjadi tular di media sosial Indonesia selepas dia melompat di hadapan tren yang meluncur laju demi menyelamatkan seorang penunggang motosikal, lapor portal berita Okezone.

Berdasarkan video tular yang dikongsikan dalam akaun Instagram @kisahsemangat, seorang penunggang motosikal pada awalnya dilihat cuba melintasi landasan kereta api dan tidak menyedari sebuah tren sedang meluncur laju ke arahnya.

Meskipun kereta api sudah membunyikan hon dari jauh, penunggang motosikal itu dilihat tetap cuba melintas meskipun tren semakin dekat.

Melihatkan keadaan itu, penjaga palang yang berada di seberang jalan meluru lari ke arahnya dan cuba menghentikan tindakan penunggang motosikal tersebut.

Dia kemudian terjatuh dan nyaris dilanggar kereta api namun, terselamat meskipun mengalami kecederaan.

Video itu menjadi ‘viral’ dan menerima pelbagai komen netizen. Antara komennya adalah:

“Masya Allah pak cik. Pak cik ini perlu diberi penghargaan @jokowi,” kata seorang netizen sambil menyebut akaun milik Presiden Joko Widodo (Jokowi).

“Info terkini adalah penjaga palang pagar kereta api itu mengalami patah tulang ketika terjatuh. Dia masih dirawat di hospital,” kata seorang lagi pengguna yang lain.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply