Sudah menjadi kewajipan buat setiap’ individu yang menyediakan memastikan makanan yang disediakan dijamin bersih. Selain rasa enak yang mampu menarik perhatian pelanggan untuk kembali membuat belian semula, aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang wanita yang tampil meluahkan rasa tidak puas menerusi Facebook Group Warga Kuantan Official di mana beliau nyaris tertelan dawai kokot yang tersedia dalam bungkusan nasi kerabu yang ditempah beliau.
Lebih mengejutkan ramai, beliau bukan sahaja temui satu atau dua dawai kokot, malah difahamkan sebanyak 10 dawai kokot telah ditemui pada bungkusan makanan tersebut.
Menyedari lambakan dawai kokot dalam bungkusan makanan tersebut, wanita ini memaklumkan terus melaporkan kepada pihak Grab Food selaku platform beliau membuat tempahan. Difahamkan pihak Grab Food turut membuat panggilan kepada beliau bagi mendapatkan informasi lanjut.
Perkongsian yang dibuat beserta gambar bukti sekaligus telah mendapat perhatian netizen yang turut hairan jumlah dawai kokot yang tersedia pada bungkusan makanan ini
Diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana bakal memberi mudarat kepada para pelanggan. Para penyedia makanan diminta untuk lebih berhati-hati agar situasi seperti ini dapat dielakkan sekaligus mengelakkan sesebuah warung atau restoran menjadi cemuhan pelanggan.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang terkejut terhadap situasi yang dihadapi dan berasa marah terhadap sikap vendor yang tidak bertanggungjawab.
“Report kat grab food untuk tindakan seterusnya terhadap vendor atau report salahkan grab food?” @Mohd Amir
“Nak niaga makanan, tapi tak pi kursus, bila org marah, cakap ‘sama2 melayu pun nk viral’. Tapi bila dah jadi mcm ni nk buat mcm mana? Minta maaf? Kalau tak msuk perut bole la, dah msuk perut ko nk minta maaf mmg aku suruh ko makan balik stapler tu. org islam, patutnya takda masalah bab kebersihan. Aih berat nanang org zaman lerni,” @Danieal Bean.
Sumber: The Vocket
Baca Juga: Seorang Wanita Kecewa Dapat Roti Burger Berkulat Dan Ayam Berbau
Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila roti burger yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini didapati berkulat manakala ayamnya pula telah berbau.
Wanita yang dikenali sebagai Dhia Fadhila memuat naik gambar makanan itu menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya pada Selasa.
“Ambe (saya) bukan nak buka aib orang! Ambe (saya) kecewa dengan kejadian hari ning (ni). Berasa nak makang (makan) ayam punya pasal. Tapi ni yang ambe (saya) dapat dengan harga yang dibayar.
“Ambe (saya) dapat roti keras kejung, berkulat, ayam tak masak, ayam berbau macam ayam lama. Kecewa rasanya,” tulis wanita itu.
Menurut wanita itu, dia tidak menyangka keadaan itu menimpanya kali ini kerana sebelum ini dia hanya melihat perkongsian daripada orang lain yang turut mengalami situasi sama.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang turut berkongsi nasib serupa selepas membeli ayam di premis sama.
Sumber: KMN