12 Manfaat Air Lemon Untuk Kesihatan Dan Kegunaan Harian Yang Ramai Tak Tahu.

| September 26, 2018 | 0 Comments

12 Manfaat Air Lemon Untuk Kesihatan Dan Kegunaan Harian Yang Ramai Tak Tahu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Melalui penggunaannya sahaja, buah lemon telah dikenali sebagai “buah serba boleh” yang dapat memberi manfaat terhadap kesihatan kita dalam beberapa cara yang telah diamalkan semenjak dahulu lagi. Buah lemon secara semulajadi mempunyai vitamin C, vitamin B6, vitamin A, vitamin E, folat, niacin thiamin, riboflavin, asid pantotenik, kalsium, besi, magnesium, potassium, zink, fosforus dan protein. Ia juga mengandungi flavonoid, yang mengandungi ciri-ciri antioksidan dan agen melawan penyakit kanser.

Di bawah kami senaraikan beberapa khasiat dan kegunaannya yang boleh kita dapat hanya dengan menggunakan buah lemon sahaja. Diharapkan kita semua akan mendapat manfaat hasil dari senarai ini.

 

1. Membuat air lemon (lemonade).

Masukkan beberapa hiris lemon ke dalam secawan air suam dan ia sedia untuk diminum, bagi yang gemar akan lebih keasaman air lemon itu. Anda boleh tambahkan hirisan lagi. Khasiat air lemon ini secara tidak langsung akan melancarkan peredaran darah di tubuh badan, selain daripada itu ia kaya dengan vitamin C, mencegah kanser, awet muda, menyerap kalsium dengan baik.

 

2. Menguatkan masalah tulang rapuh (oesteoporosis).

Asid sitrik yang terdapat pada buah lemon ini berupaya untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh dan juga menguatkan bahagian tulang untuk mengelakkan masalah tulang rapuh (oesteoporosis).

 

3. Sebagai bahan untuk kecantikan kulit.

Lemon amat digemari oleh golongan wanita kerana hampir rata-rata bahan kosmetik biasanya mempunya khasiat lemon sebagai contoh asid sitriknya yang mampu menghilangkan bintik dan pigmen pada wajah kulit, boleh dijadikan sebagai masker untuk kulit lebih anjal. Dan air lemon itu sendiri berupaya untuk membuatkan kuku jari lebih sihat.

 

4. Menghilangkan bau hanyir dalam peti sejuk.

Gunakan sebuah kapas yang telah dijadikan sebagai bola bersaiz ibu jari dan celupkan kepada air lemon. Letakkan bola kapas tersebut ke dalam peti sejuk untuk menghilangkan bau hanyir.

 

5. Mengandungi potassium.

Potassium pada buah lemon ini boleh mengawal tekanan darah tinggi, pening dan mual.

 

6. Sayur salad akan lebih tahan lama.

Letakkan air perahan lemon ke sayuran kubis tau salad untuk menghalang ia daripada berubah daripada warna coklat kekuningan.

 

7. Menenangkan diri.

Lemon juga berupadaya untuk meredakan tekanan stress dan emosi yang negatif.

 

8. Mencegah batu karang.

Ia mampu mencegah batu karang dan juga mengeluarkan toksin-toksin dalam tubuh.

 

9. Menyinarkan rambut.

Sediakan air perahan lemon dan campurkan dengan kadar air nisbah 1:3, Gosokkan pada rambut dan bilas seperti mencuci rambut. Selepas kering rambut anda kelihatan lebih sihat dan menyinar.

 

10. Mengurangkan kerosakan gigi.

Lemon juga berupaya untuk menghentikan pendarahan sekiranya berlaku pendarahan pada bahagian gusi dan mengurangkan risiko kerosakan gigi.

 

11. Bahan pencuci.

Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan pencuci, seperti menghiangkan kesan kotor pada papan memotong sayur. Digunakan sebagai pencuci buah dan sayuran untuk menghilangkan kesan semburan racun serangga. Di samping itu juga hirisan lemon boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran tompok pada baju putih.

 

12. Penghalau serangga.

Air lemon boleh digunakan sebagai agen menghalau serangga, hanya semburkan air lemon yang telah dicampurkan air ke tempat yang menjadi tumpuan serangga dan juga termasuk kutu.

 

Bonus: Cara-cara membuat air lemon yang betul.

1. Cuci dan bilaskan buah lemon hingga bersih dan letakan ia ke dalam peti sejuk pembeku selama 2 jam.

2. Setelah 2 jam, keluarkan lemon tersebut dan hiris sehingga menjadi 15-20 kepingan bagi setiap buah dan letakkan ke dalam balang kedap udara.

3. Selepas itu, tambahkan madu lebah (mengikut kehendak jumlah) dan tuangkan dengan air sejuk sehingga balang penuh. Tutup bekas balang tersebut dan masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Keesokan harinya, anda boleh mula mengambil hirisan lemon tersebut ke dalam cawan dan letakkan air panas. Anda juga boleh mencampurkannya dengan air teh bersama-sama dengan hirisan lemon.

Sebiji daripada buah lemon yang dijeruk ini mampu bertahan selama seminggu. Khasiatnya boleh menyebabkan pengurangkan bintik-bintik hitam pada permukaan wajah dan juga mencerahkan kulit. Di samping itu, ia juga membantu mengurangkan berat badan dan mampu membunuh sel-sel kanser 10.000 kali lebih kuat berbanding rawatan kemoterapi.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *