3 Tempat Makan Best Western Di Senai, Johor

| October 16, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Senai, Johor | Khalifah Media Networks – Sudah jemu makan tempat yang sama setiap kali. Teringin sesekali ubah angin nak makan kat tempat lain pula. Tapi tak tahu kat mana? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh terjah.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Senai, Johor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Senai ni.

1. TULANG JR. CAFE

Anda dah pernah rasa masakan di restoran Tulang Jr. Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan di sini pula. Selain Western food, Restoran ini juga terkenal dengan menu masakan tempatan. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran Tulang Jr. Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : No 108, Jalan Impian Senai 2 Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor (Dekat hotel impiana senai,kfc senai , berhadapan kondominium senai garden ,sederet gdex senai) atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Tulang Jr. Cafe.

Boleh juga hubungi nombor ini 018-255 9296 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Waktu operasi bermula pukul 11.30 am hingga 10.30 pm dan dibuka setiap hari kecuali Ahad cuti. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TulangChopNGrill/

2. WESTERNFOOD COUNTRY KITCHEN

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Westernfood Country Kitchen ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Westernfood Country Kitchen ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, aneka minuman yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di Westernfood Country Kitchen ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Westernfood Country Kitchen ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : No 234, Jalan Padi Mahsuri 5, Taman Senai Baru, 81400 Senai, Johor atau boleh guna waze taip jer nama Westernfood Country Kitchen nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh call 017-757 7097. Mula beroperasi pada pukul 5.30 pm – 12.30 am. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/westernfoodcountrykitchen/

3. RESTORAN D’AMBANG

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western yang best di Senai. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Restoran D’Ambang. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Restoran D’Ambang ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No 1769 ,Jalan Senai Utama 1/2, 81400 Senai, Johor. Atau boleh juga hubungi nombor 012-780 0450 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Restoran-Dambang-160389381488689/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *