Resepi Masak Breakfast Egg Muffin Mudah Sedap

| November 19, 2019 | 0 Comments

Resepi Masak Breakfast Egg Muffin Mudah Sedap | Pernah tak bangun pagi, pastu perut lapar, tapi nak pergi beli breakfast pulak rasa malas. Haha. Jadi hari ni kami nak kongsikan resepi masak breakfast yang mudah tetapi sedap untuk orang malas macam kami. Sihat pulak tu. Jom kita buat Breakfast Egg Muffin, resepi oleh Khairul Aming.

Kalau korang masih terkebil-kebil tak tahu, berikut merupakan bahan-bahan dan cara masak resepi Breakfast Egg Muffin ni.

Bahan-Bahan Buat Resepi Masak Breakfast Egg Muffin

1. 6 biji telur (kalau nak 6 biji egg muffin, kalau nak 10 biji egg muffin, letak 10 biji telur)
2. Secubit garam
3. Serbuk blackpepper
4. 1 biji tomato
5. 1 biji bawang besar
6. Sedikit minyak masak

Cara Buat Resepi Masak Breakfast Egg Muffin

1. Pecahkan 6 biji telur dan kacau seeloknya
2. Masukkan secubit garam dan sedikit serbuk blackpepper bagi menambah rasa
3. Kacau adunan telur, garam dan blackpepper di atas sekali lagi sehingga sebati
4. Hiris sebiji bawang besar dan tomato secara potongan dadu
5. Sapukan sedikit minyak masak di permukaan muffin tray
6. Kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato tadi ke dalam 6 slot di muffin tray
7. Masukkan adunan telur tadi sehingga penuh ke dalam 6 slot muffin tray yang telah diisi dengan bawang dan tomato
8. Bakarkan dalam oven bahan2 resepi tadi pada suhu 180 C selamat 25 minit
9. Keluarkan muffin tray dari oven dan tadaaaaaa.. SIAP !

Korang rasa senang tak buat menu resepi Breakfast Egg Muffin ni ? Kami rasa senang je. Dah la mudah, sedap pulak tu. Kalau masih lagi terkebil-kebil tak tahu nak mula macamana, boleh la tengok video di bawah ini pula. Selamat mencuba dan menjamu selera Breakfast Egg Muffin.

Video Cara Buat Resepi Masak Breakfast Egg Muffin

 

View this post on Instagram

 

My first attempt to become a syok-sendiri cooking host. Kih2 😆

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit : Instagram Khairul Aming

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *