Resepi Masakan Macaroni Cheese

| December 2, 2019 | 0 Comments

Resepi Masakan Macaroni Cheese | Assalamualaikum semua.  Hari ni kami sharekan kepada anda resepi masakan Macaroni Cheese yang sangat simple nak buatnya. Rasanya tak salahkan kalau kita ubah sikit selera tekak kita ni ke arah masakan barat pula. Hehe bukan apa, kita ni asyik makan masakan kampung jer kan. Sekali sekala kita cuba sesuatu yang baru dalam menu masakan kita. So anda semua bolehlah tengok-tengok resepi masakan Macaroni Cheese daripada khairulaming

Bahan-bahan Buat Macaroni Cheese

  • 5 cawan macaroni
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan air
  • 7 keping cheddar cheese
  • Chilli flakes
  • Garam
  • Mentega
  • Serbuk roti

 

Cara Memasak Macaroni Cheese

  1. Rebuskan 5 cawan macaroni bersama dengan 2 cawan susu segar dan secawan air dengan menggunakan periuk nasi. On kan periuk nasi tersebut dan biarkan seketika.
  2. Apabila air da mula kering sedikit, masukkan 7 keping cheese ke dalam periuk nasi dan gaul sehingga rata
  3. Kemudian masukkan chili flakes dan garam secukup rasa. Kacau sehingga masak.
  4. Setelah siap macaroni cheese masak, masukkan macaroni cheese tadi ke dalam bekas.
  5. Kemudian, cairkan sedikit butter di dalam kuali untuk mengoreng serbuk roti. Goreng sampai garing.
  6. Akhir sekali, taburkan serbuk roti tadi tu atas macaroni. (sebagai topping)

So, macam mana mudahkan nak buat resepi Macaroni Cheese ni.  Macaroni Cheese yang sangat perfect bila rasanya sangat creamy disebabkan cheesenya dan kemudian ditaburkan pula serbuk roti pada bahagian atas macaroni cheese tu. Aduh bertambah terliur la jawabnya kan. Ok lah, kami malas la nak ckp panjang2. Bagi korang yang nak mencuba resepi ni boleh la tengok video resepi masakan daripada khairulaming. Selamat mencuba.

View this post on Instagram

Macaroni & Cheese 🧀 . Bahan2/Ingredients:. . 🌕1.5 cawan macaroni (1.5 cups macaroni) 🌕2 cawan susu segar (2 cups fresh milk) 🌕1 cawan air (1 cup water) 🌕7 keping cheddar cheese (7 slices cheddar cheese) 🌕Chilli flakes (not recommended) 🌕Garam (salt) 🌕Mentega (Butter) 🌕Serbuk roti (bread crumbs) . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #foodporn #healthy #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #macaroni #macandcheese #cheese #macncheese #ricecooker

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *