Resepi Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power

| November 23, 2019 | 0 Comments

Resepi Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power | Pisang goreng cicah sambal kicap ni style orang Johor makan. Jadi korang yang asal dari mana2 negeri ni boleh cuba style resepi ni untuk rasa kelainan sikit. Takda la asyik cicah dengan cili sos je kan. Hehehe. Mari kita sama-sama cuba resepi ni daripada Khairulaming.

Bahan-bahan Buat Sambal kicap:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili
  • 2 sudu bawang goreng
  • 1 sudu gula
  • 4-5 sudu kicap manis
  • Limau

Bahan- Bahan Pisang Goreng:

  • Pisang
  • 2 cawan tepung beras
  • 4 sudu tepung jagung
  • Sedikit kunyit
  • ½ sudu kecil tepung penaik
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 300ml air

Cara-cara Buat Sambal Kicap:

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali
  2. Goreng bawang putih dan cili ( goreng sekejap sahaja)
  3. Tumbuk 2 sudu bawang goreng bersama dengan cili dan bawang putih yang telah digoreng tadi sehingga lumat
  4. Masukkan 1 sudu gula dan kicap manis
  5. Perahkan sedikit limau untuk menyedapkan lagi rasa sambal kicap
  6. Kemudian gaulkan semuanya sehingga rata
  7. Siap, letak dalam bekas.

Cara-cara Buat Adunan Pisang:

  1. Campurkan tepung beras, tepung jagung, sedikit kunyit , tepung penaik, garam, dan telur
  2. Pukul rata kesemua bahan di atas dan masukkan sedikit air (air korang masukkan sikit-sikit supaya tepung tu tak terlebih air)
  3. Panaskan minyak di dalam kuali
  4. Pisang tu korang belah dua ya. (Pisang abu)
  5. Celup pisang yang da potong tu ke dalam campuran tepung tadi
  6. Kemudian goreng pisang tadi sehingga garing
  7. Da siap makan panas-panas, cicah dengan sambal kicap tadi. huhuhu.

Tudiaaa.. mudah dan ringkas ja kan resepi Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap ni.  Resepi santai-santai minum petang korang dengan keluarga sambil menikmati secawan kopi panas. Layan habis. Kalau korang masih tak faham juga boleh tengok video masakan daripada khairulaming, min da sediakan siap-siap untuk korang.

View this post on Instagram

Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap . . Bahan2/Ingredients: (Sambal Kicap) 🌕3 ulas bawang putih (3 cloves garlic) 🌕3 tangkai cili (3 chillies) 🌕2 sudu bawang goreng (2 tbsp fried shallots) 🌕1 sudu gula (1 tbsp sugar) 🌕4-5 sudu kicap manis (4-5 tbsp sweet soy sauce) 🌕limau (lime) . . (Pisang Goreng – Credit to Puan Azie @aziekitchen for the recipe 😊) 🌕Pisang (banana) 🌕2 cawan tepung beras (2 cups rice flour) 🌕4 sudu tepung jagung (4 tbsp corn flour) 🌕Sedikit kunyit (tumeric powder) 🌕1/2 sudu kecil tepung penaik (1/2 teaspoon baking powder) 🌕1/2 sudu kecil garam (1/2 teaspoon salt) 🌕1 biji telur (1 egg) 🌕300 ml air (300ml water) . . Music credit to Anuar Zain – Keabadian Cinta (my fav song! 🔥) . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #pisanggoreng #gorengpisang #banana #bananafritters #appetizers

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *