13 Makanan Tradisional Menarik Dari Perlis| Khalifah Media & Networks – Negeri Sembilan terkenal dengan budaya kaum Minangkabau. Namun, bukan hanya kaya dengan budaya saja tapi juga sarat dengan makanan tradisional yang sedap dan menarik untuk di cuba.

Jika anda rancang untuk kunjung ke negeri ini, saya bantu anda untuk belajar mengenai beberapa makanan tradisional yang berasal dari Negeri Sembilan.

1. Masak Lemak Cili Api – masakan

Makanan popular dari Negeri Sembilan yang menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia adalah Masak Lemak Cili Api. Ramai yang tahu menu satu ini dan banyak tempat yang jual. Tapi, tetap tak boleh lawan dengan yang asli dari Negeri Sembilan.

Masakan tradisi ini jika di makan dengan nasi putih panas-panas memang tambah selera semua. Dengan aroma wangi dengan rasa yang cukup tidak rugi kalau di cuba.

Anda wajib rasa masakan tradisional ini Masak Lemak Cili Api bila datang ke Negeri Sembilan.

Kredit Imej: Kitchen Arena

2. Tempoyak Daun Kayu – makanan

Makanan yang menjadi pilihan utama oleh generasi lama ada keunikkan sendiri. Tempoyak Daun Kayu adalah makanan yang dimakan bersama nasi berlauk. Ianya adalah menu tambahan untuk menaikkan lagi selera makan.

Hidangan ini sering ada waktu bulan Ramadan. Dibuat untuk iftar dan sahur. Aroma dan rasa yang sedap meningkatkan selera untuk makan.

Anda jangan lupa cuba!

Kredit Imej: Mingguan Wanita

3. Kuih Sepang – kuih

Dalam dialek Negeri Sembilan di sebut kuih Sopang. Kuih ini menggunakan bahan seperti tepung pulut, pisang dan guna melaka sebagai adunan luar. Yang menarik nya adalah inti dalam kuih ini iaitu diisi dengan inti yang di buat menggunakan kelapa parut muda.

Ada dua cara untuk menikmati kuih sepang. Pertama, untuk masak kuih ini boleh di kukus bersama santan. Rasa kuih ini lebih kental. manis, masin dan berlemak santan. Memang sedap!

Cara kedua, boleh di goreng dalam minyak yang penuh. Rasa kuih akan lebih ranggup di luar dan lembut serta inti rasa lebih cair di dalam. Mana-mana cara pun, kuih tradisional dari Negeri Sembilan ini memikat memikat.

Kredit Imej: RASA

4. Cendol Sagu Rumbia – minuman

Cendol adalah minuman tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Terdapat banyak variasi cendol yang menarik dari negeri-negeri lain. Seperti di Negeri Sembilan, Cendol Sagu Rumbia ada keistimewaan sendiri.

Hidangan ini semakin susah di jumpai, namun masih ada beberapa kedai makan atau restoran yang mengekalkan menu ini kepada pelanggan mereka. Hal ini kerana, stok untuk dapatkan bahan utama iaitu sagu rumbia agak susah dan renyah.

Tapi yang menarik dari menu ini adalah, rasa cendol yang manis berlemak di makan pula bersama sagu rumbia yang kental memang menjadi kegilaan ramai.

Kredit Imej: Facebook Cendol Sagu Rumbia Paktam

5. Apam Johol – kuih

Apam sememangnya popular di Malaysia sebagai juadah untuk sarapan pagi atau minum petang. Namun di Negeri Sembilan, kuih ini menjadi salah satu kuih tradisional rakyat sini. Rasa can cara pembuatan kuih tradisi ini membezakan dengan versi apam dari negeri lain.

Kuih Apam Johol dari Negeri Sembilan ini berwarna koko dan dibalut dalam daun rambai sebelum di kukus. Aroma dari daun rambai menambahkan rasa pada kuih ini. Apam Johol memang ada aroma yang boleh memikat peminat apom di luar sana.

Kredit Imej: Munch Malaysia

6. Salai – masakan

Maksud sebenar salai iaitu menyalai adalah salah satu teknik masakan yang popular dia Negeri Sembilan. Salai termasuklah salai ayam, itik, kambing dan daging lembu. Kaedah ini seperti mambakar di atas api tanpa minyak kemudian dimasak bersama masak lemak cili api.

Masakan salai original dari Negeri Sembilan amat membangkit selera dengan aroma daging itu sendiri. Cara masakan salai sudah terkenal di seluruh negeri di Malaysia. Tapi rasa nya lain dengan original salai dari negeri ini.

Kredit Imej: salaisalai.com

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 makanan tradisional menarik di Negeri Sembilan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di negeri ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ya!

 

Share.

Leave A Reply