13 Tempat Makan Best Sarapan Di Alor Gajah, Melaka | Alor Gajah, sebuah bandar kecil yang terletak di Melaka, yang menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik seperti tempat perlancongan, kedai makan yang best, shopping mall dekat Alor Gajah ni.

Mereka yang suka food hunting tu boleh datang ke sini dan cuba pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba sarapan best dan menarik dekat daerah Alor Gajah tapi tak tahu kat mana? Berikut adalah senarai tempat makan best untuk anda sarapan dekat Alor Gajah, Melaka.

 

1. WARONG NEK MUNAH – SARAPAN

Warong Nek Munah ini adalah warong yang best untuk korang makan breakfast yang sedap. Tempat makan yang selesa, cuma crowded sikit waktu peak hour, biaselah. Tapi masih cepat service mereka dan makanan pun sedap dan harga juga berpatutan.Sangat recommended untuk korang breakfast. Antara menu yang selalu menjadi pilihan pengunjung ialah Roti canai, Bihun Sup Ayam/Daging & Nasi Lemak Nek Munah dan banyak lagi lah..

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di  Km 20, Kg Sg Petai, Kampung Gajah Mati, 78000 Alor Gajah, Malacca. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu pada pukul 6.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Sg.Petai/?locale=ms_MY

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungnekmunah_sg_petai/

 

2. NEIGHBORHOOD KITCHEN – SARAPAN

Neighborhood Kitchen ini adalah salah satu kedai breakfast yang famous dekat media sosial. Rata-rata pengunjung yang datang bagi review dan komen yang best dan mereka recommend tempat ni untuk korang pergi.

Dekat sini, korang boleh dapat menu sarapan pagi seperti roti sarang burung, mee kuah, mee udang, roti canai, roti telur, soto, bihun sup dan banyak lagi. Kalau dah bosan asyik breakfast tempat yang sama je boleh cuba breakfast kat sini.

Berminat nak datang ke sini tapi tak tahu kat mana? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Jelatang, 78000 Alor Gajah, Malacca. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-381 4746.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100055086593470&sk=photos

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@neighbourh00dkitchen

 

3. ROTI CANAI DULANG – SARAPAN

Roti canai dulang ini merupakan warung roti canai yang famous dan pernah masuk surat khabar kerana mereka hidangkan roti canai yang saiz besar di dalam dulang. Kalau korang nak order korang wajib share sebab roti canai mereka memang besar boleh share satu dulang 3-4 orang.

Kalau korang nak try menu lain boleh cuba makanan berkuah mereka iaitu bihun sup, mee kuah, lontong, bakso dan soto. Harga pon sangat murah dan sesuai untuk yang nak save budget tu.

Ingin berkunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Cerana Putih, 78000 Alor Gajah, Malacca. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 6 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel:  017-374 1375.

 

4. WARUNG A.M.J (PEGOH) – SARAPAN

Bagi yang nak breakfast kat tempat yang lain, korang boleh datang ke warung ni. Dekat sini mereka ada sediakan nasi lemak ayam yang sedap dan special. Nasi lemak mereka adalah menu bestseller kat sini. Nasi mereka yang lembut dan ayam yang crispy, Fuh…. memang layan lah… Korang lalu boleh singgah, warung ni dekat tepi jalan je.

Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Batu 15 1/2, Kampung pegoh, 78000 Alor Gajah, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 11.45 pagi. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel:  017-608 8565.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Alor Gajah ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply