13 Tempat Makan Best Sarapan Di Dungun, Terengganu | Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar. Kalau korang nak tahu kat Dungun ni, banyak tempat makan yang best-best tau tak.

Sementara berehat di Dungun sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Dungun? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Dungun yang anda harus cuba.

 

1. WARUNG KEMUNTING – SARAPAN

Warung Kemunting ni adalah port breakfast yang sedap dan bersih. Menu sarapan yang ada dekat warung ni ialah ala kopitiam dan menu tradisi terengganu. Satu destinasi untuk menjamah sarapan pagi yang wajib korang singgah . Jenis sarapan untuk di nikmati sesuai degan citarasa orang kita.
Antara menu yang ada kat sini ialah English breakfast, roti sangkaya, roti bakar, nasi lemak, roti sarang burung dan telur omelette diorang sedap sangat! Harga pon memang murah dan berbaloi.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Lot 11850, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung, 23000 Kuala Dungun, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu dan Khamis pada pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 018-975 0092.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungkemunting/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungkemunting/

 

2. KEDAI MAKAN JAMAL – SARAPAN

Kedai Makan Jamal ni adalah port breakfast yang popular dekat Dungun. Rata-rata pengunjung yang datang semua bagi review dan komen yang best dekat orang lain. Harga pon murah dan sangat berbaloi dengan portion yang mereka bagi. Antara menu yang bestseller dekat sini adalah roti payang, roti payang cheese, set burger, set roti bakar, garlic bread mushroom soup, set telur separuh masak dan banyak lagi.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Pak Sabah, 23000 Kuala Dungun, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

 

3. WARUNG D’JARIZ – SARAPAN

Ini adalah warung breakfast yang popular juga dekat Dungun ni. Korang wajib singgah ke sini kalau datang ke Dungun. Terdapat banyak menu yang ada dekat warung ni. Harga pon murah dan sesuai bagi korang yang nak save budget. Suasana warung yang selesa dan tenang. Warung mereka pon besar dan sesuai untuk bawa keluarga yang ramai. Korang bolehlah ajak kawan dan keluarga datang breakfast kat sini.

Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Pak Sabah, 23000 Kuala Dungun, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat pada pukul 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kalau anda sebarang pertanyaan, boleh hubungi di no tel: 013-632 5496.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Warung-DJariz-100068485912263/

 

Buat masa ini kami hanya jumpa 3 tempat makan best sarapan di kawasan Dungun ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply