13 Tempat Makan Best Sarapan Di Georgetown, Pulau Pinang | Georgetown ialah sebuah bandar bersejarah yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Ia adalah ibu negeri bagi negeri Pulau Pinang dan terkenal dengan sejarah yang kaya, warisan budayanya, serta keunikan senibina. Selain itu, Georgetown juga terkenal dengan beragam pilihan makanan lazat, termasuk sarapan yang enak.
Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Georgetown tapi tak tahu dimana, Di sini dikongsikan beberapa tempat makan yang menarik untuk anda sarapan yang perlu anda cuba di sekitar Georgetown ini.
1. HUTTON LANE ROTI BAKAR – SARAPAN
Buat kali pertama ke George Town, ini antara gerai sarapan pagi yang patut anda cuba. Dari segi rasa makanan sedap, terdapat aneka roti bakar dan roti canai disediakan. Keistimewaan roti bakar di sini ialah rotinya dibakar dengan arang kayu. Parking pun mudah. Tempat duduk terbuka menyaman keselesaan sarapan.
Antara menu popular di sini ialah, roti bakar georgetown, roti butter cheese, roti balut telur, roti butter kaya dan di sini terdapat juga nasi dalca ayam, daging dan ikan. Harga tidak terlalu mahal dan murah. Sekiranya anda ingin berkunjung ke sini, anda dinasihatkan untuk datang awal kerana gerai agak sesak dan anda perlu beratur lama untuk memesan makanan.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-402 5497.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rotibakarhuttonlane/?locale=ms_MY
2. ROTI CANAI GEMAS ROAD – SARAPAN
Jika anda suka roti canai yang nipis dan tak tebal, tempat ini adalah pilihan yang tepat. Roti canai mereka disajikan dengan kambing dan cheese. Selain roti canai, mereka juga menyediakan menu roti lain seperti roti bakar, roti telur dan murtabak ayam dan daging. Anda juga wajib mencuba teh tarik mereka. Kedai ini merupakan kedai wajib anda kunjungi sekiranya anda datang ke Georgetown.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 61, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-434 5786.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/roticanaigemasroad/
3. ALI NASI LEMAK DAUN PISANG – SARAPAN
Barisan panjang pelanggan sebelum gerai dibuka pada pukul 7.00 pagi setiap hari adalah bukti jelas populariti dan kejayaannya. Gerai ini menawarkan 6 jenis nasi lemak. Ikan bilis dan telur separuh masak, ayam, sotong, udang, ikan, dan ikan masin.Keistimewaan gerai ini adalah nasi yang wangi dan di balut dengan daun pisang yang disajikan dengan sambal yang sangat pedas dan panas.
Keenam-enam variasi nasi lemak dijual pada harga RM2.50 setiap bungkusan. Harganya sangatlah murah. Menurut penduduk tempatan, gerai ini telah wujud selama beberapa dekad dan menjadi tempat wajib mencuba nasi lemak bagi penduduk tempatan dan pelancong. Nasi lemaknya pasti lazat dan luar biasa.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-407 0717.
4. NAINA’S ROTI BAKAR – SARAPAN
Jika anda ingin mencuba beberapa hidangan sarapan pagi di Pulau Pinang tanpa perlu mengeluarkan banyak wang, tempat ini adalah pilihan yang baik. Roti bakar Nainas cukup popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong bajet kerana harga mereka yang munasabah dan sangat murah. Perkhidmatan di sini juga cukup baik, dan makanan disediakan dalam keadaan yang bersih.
Antara menu popular di sini yang korang patut cuba ialah roti tsunami, roti bakar, roti canai dan pelbagai lagi. Datanglah beramai-ramai untuk mencuba menu sarapan pagi mereka yang boleh membuat anda semua terliur.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 11, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-440 2003.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Nainamuviz/?locale=ms_MY
5. SECANGKIR KOPI HITAM – SARAPAN
Secangkir Kopi Hitam merupakan tempat terbaik untuk anda sarapan. Disyorkan untuk penggemar lempeng untuk mencuba lempeng sambal dan lempeng pisang. Kuihnya adalah wajib dicuba. Makanan di sini sangat lazat dan rasanya seimbang dengan baik.
Kafe ini sendiri sangat cantik dan mereka juga ada beberapa permainan kad dan congkak untuk dimainkan semasa anda menunggu makanan anda. Indomie mereka sangat sedap, agak pedas tetapi sesuai dengan citarasa saya. Secara keseluruhannya, tempat ini sangat bagus dan selesa.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 5, Lebuh Clarke, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-829 5522.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/secangkirkopihitam22/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Georgetown ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !