13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kota Tinggi, Johor |  Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru.

Datang ke Kota Tinggi tak tahu nak sarapan pagi kat mana? Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.  Di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Kota Tinggi, Johor.

 

1. WARUNG ROTI CANAI NOOR/NUN – SARAPAN

Warung ini menyediakan makanan sarapan pagi yang banyak dan beraneka. Dekat sini terdapat menu sarapan pagi seperti roti canai biasa/kosong, roti telur, roti jala, nasi lemak, mee goreng dan banyak lagi. Roti canai mereka merupakan menu bestseller dekat warung sini. Roti mereka sangat lembut dan crispy. Harga juga murah dan berpatutan. Harga standard warung.

Berminat ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di  Kampung Batu Empat, 81900 Kota Tinggi, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi.

 

2. KAFE IKHWAN – SARAPAN

Ini merupakan salah satu port breakfast yang popular jugak dekat Kota Tinggi. Mereke menyediakan menu sarapan pagi yang sangat sedap dan korang kalau datang pasti pening nak pilih yang mana sebab menu saarapan pagi mereka terlalu banyak. Staf mereka juga sangat ramah dan bagi layanan yang bagus dan cepat.

Antara menu yang best-best kat sini ialah lontong, nasi lemak aneka lauk, soto nasi, soto bihun, mee goreng, bihun goreng, aneka kuih-muih dan banyak lagi. Harga juga sangat murah dan berbaloi untuk korang cuba breakfast kat sini.

Berminat ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di No. 42A, Jalan Niaga 14, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi sehingga 10 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  010-334 4975.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Kafe-Ikhwan-Bakeri-Kota-Tinggi-Johor-100063974076572/

 

3. WARUNG TOK WIE – SARAPAN

Warung Tok Wie adalah salah satu port breakfast yang viral kat media sosial. Rata -rata pengunjung yang datang kat sini memberi sambutan yang hangat dari luar mahupun dalam daerah Kota Tinggi. Suasana warung yang tenang dan bersih membuatkan lagi ramai orang datang ke warung mereka.

Antara menu yang ada kat sini ialah roti bakar titab, roti jala, roti canai, soto ayam, laksa, mee bandung, aneka nasi lemak dan banyak alagi, Korang boleh singgah ke sini untuk cuba menu breakfast diorang.

Berminat ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di 1, Batu 1, 2, Jalan Mawai, 81900 Kota Tinggi, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6.35 pagi sehingga 1 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 010-524 6154.

 

Saat ini, kami hanya jumpa tiga tempat sarapan terbaik di daerah Kota Tinggi ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin menambahkan tempat Anda ke dalam daftar ini, silakan hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk pembaruan informasi. Setelah Anda membaca ini, jangan lupa untuk berbagi dengan orang lain juga!

Share.

Leave A Reply