13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kulim, Kedah | Sarapan adalah hidangan yang paling penting dalam sehari. Di Kulim, banyak kedai makan yang menawarkan pengalaman sarapan yang memikat. Mulakan hari anda dengan pelbagai rasa yang mengasyikkan dengan melawat beberapa tempat sarapan terbaik di bandar yang menawan ini. Terdapat banyak kedai makan best untuk korang sarapan yang perlu korang datang di Kulim ini.

Jika anda berkunjung kesini bolehlah datang dan nikmati masakan disini. Perut lapar tapi tak tahu nak makan dimana? Berikut merupakan senarai tempat-tempat best untuk anda sarapan yang ada di Kulim, Kedah.

 

1. ROTI BAKAR CORNER KULIM – SARAPAN

Kedai ini telah menjadi tempat yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pengunjung yang ingin merasai sarapan pagi yang klasik dan memuaskan. Harga yang berpatutan dan layanan pekerja mereka yang ramah menjadikan kedai ini lebih popular di kalangan pengunjung. Antara menu yang terdapat di kedai ini ialah roti bakar, aneka sup, nasi lemak aneka lauk, lontong, laksa dan pelbagai lagi.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di NO 21, Jalan Kemunting 2, Taman Kemunting, 09000 Kulim, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 1.30 hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 019-502 2524 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rotibakarcornerkulim/

 

2. RESTORAN ANGSANA MAKMUR @ RESTORAN ROTI CANAI SAIFUL – SARAPAN

Bagi peminat roti canai restoran ini merupakan restoran yang wajib anda singgah dan cuba. Roti canai mereka sangatlah lembut dan sedap. Restoran ini juga mendapat rating yang tinggi di Google dan rata-rata pengunjung yang datang ke sini memberi review dan komen yang best dan bagus. Selain itu, murtabak juga merupakan menu yang popular di sini. Pengunjung yang datang ke restoran ini selalunya akan mencuba kedua-dua menu tersebut.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di 462 Jalan Angsana 2, Taman Angsana, 09000 Kulim, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin, Selasa dan Rabu pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel:  011-1312 4130 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RestoranAngsanaMakmur/?locale=ms_MY

 

3. CINONIE CORNER – SARAPAN

Kedai ini sangat popular dalam kalangan pengunjung yang datang ke Kulim. Rata-rata  pengunjung yang datang ke Kulim akan datang ke sini untuk mecari breakfast yang best-best. Antara menu popular yang menjadi kegemaran pengunjung yang datang adalah roti doll. Rotinya yan lembut dan kuah dalnya yang cukup rempah ratus membuatkan menu ini laris terjual. Selain itu, mereka juga menyajikan menu sarapan yang lain seperti kuey tiow goreng, aneka nasi lemak, roti canai dan pelbagai lagi.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Dataran Cinonie Corner, No. 1,2&3, Market Lama, 09000 Kulim, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 011-1888 4836.

 

4. WARUNG CENGKIH – SARAPAN

Warung ini telah menjadi tempat yang ramai dikunjungi oleh warga tempatan dan pengunjung. Harganya yang sangat murah dan berbaloi membuatkan warung ini lagi popular di kalangan pengunjung yang datang.

Menu di Warung Cengkih adalah medley rasa yang mengangkat hidangan tempatan. Dari nasi lemak yang harum hingga lontong yang pedas, setiap hidangan memenuhi cita rasa autentik dan memuaskan. Pengunjung juga dapat mencuba hidangan kuih tradisional dan minuman klasik yang dapat melengkapi santapan.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di 136, Taman Haji Hassan, 09000 Kulim, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 6.30 pagi sehingga 2.30 petang. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 019-293 6603.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063485866269&locale=hi_IN

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Kulim ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply