13 Tempat Makan Best Sarapan Di Marang, Terengganu | Bandar utama untuk Daerah Marang hanya terletak kira-kira 22 km daripada Bandar Kuala Terengganu dan di bandar kecil ini pelbagai kemudahan asas ada samaada penginapan, klinik, bank, pajabat daerah, pasar, jeti dan sebagainya.

Selain itu Bandar Marang lebih kurang sibuk dan suasananya yang lebih tenang di tepi pantai. Aktviti utama di Bandar Marang adalah perikanan dan merupakan tempat nelayan berlabuh setiap pagi di sini.

Sementara berehat di Marang sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Marang? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Marang yang anda harus cuba.

 

1. RESTORAN LEMPENG – SARAPAN

Restoran ni adalah port breakfast yang sangat popular dekat daerah Marang ni. Korang kalau datang ke Marang ni adalah tempat wajib untuk breakfast yang perlu korang singgah dan rasa. Restoran menjadi pilihan tempat untuk orang luar datang breakfast.

Dekat sini terdapat aneka menu sarapan seperti lempeng kelapa, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, cendol dan yang special kat sini ialah korang boleh order sotong goreng tepung, ketupat sotong, nasi budu dan air tuak. Harga pon murah dan berbaloi sangat dengan portion yang mereka berikan.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Lot 414, 21080 Marang, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 9 pagi sehingga 7 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  013-928 3414.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranlempeng/

 

2. KEDAI NASI DAGANG KAK NANI – SARAPAN

Orang luar yang mana datang ke Marang nak cari nasi dagang yang sedap boleh singgah makan sini. Nasi dagang mereka sangat famous dan habis sangat awal. Korang kena datang awal kalau nak cuba. Selain nasi dagang mereka ada juga sediakan menu sarapan lain seperti nasi lemak, keropok lekor, laksam, laksa dan banyak lagi. Harga pon murah dan tak terlalu mahal. Harga standard je.

Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di AH18, 21600 Marang, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda sebarang pertanyaan, boleh hubungi di no tel:  012-989 2560.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KNDKakNani/

 

3. LAMAN CAFE – SARAPAN

Laman Cafe adalah port breakfast untuk siapa yang nak breakfast style English punya breakfast. Korang boleh dapat kat sini kalau korang datang ke Marang. Antara menu yang ada ialah omelette, garlic bread dengan mushroom soup, roti titab, roti kacang pool, set-set English breakfast dan banyak lagi lah. Korang bolehlah ajak kawan atau keluarga datang breakfast kat sini nanti. Pasti puas hati…

Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Lot 56376 (A67) Kampung Telaga Mengkudu Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat pada pukul 8 pagi sehingga 11.30 pagi. Kalau anda sebarang pertanyaan, boleh hubungi di no tel:  011-2569 7988.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/lamancafemy-100083324531488/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lamancafe.my/?hl=en

 

Buat masa ini kami hanya jumpa 3 tempat makan best sarapan di kawasan Marang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply