13 Tempat Makan Best Sarapan di Miri, Sarawak | Atmosfera dan suasana bandar Miri yang cukup damai dan kasual, penuh dengan pelbagai jenis pusat komersial moden, namun, pada masa yang sama turut mengekalkan nilai dan jualan barangan produk penduduk tempatan dan barangan tradisional setempat. Bandar Miri dijangka menjadi sebuah kota yang bergemerlapan sehingga menjajar ke kota-kota lain di pesisir pantai barat utara Borneo.
Bagi yang suka food hunting cari port breakfast yang best, viral korang boleh datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang mereka tawarkan. Teringin nak cuba makanan yang menarik dari daerah Miri tapi tak tahu dekat mana? Berikut adalah senarai 13 tempat makan best untuk anda sarapan best di Miri, Sarawak.
1. SELERA RASA SEGAR – SARAPAN
Service yang cepat, mesra pelanggan dan sedap buatkan restoran ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Korang jangan risau kalau takde cash dekat sini ada pilihan cashless payment. Kedai pun buka awal dan bersih.
Antara menu yang jadi pilihan pengunjung yang datang ialah Nasi Lemak Daging Hitam, Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Kerabu Ayam Goreng Berempah. Makan nasi lemak berlauk untuk sarapan, sedap (pedas) dan portion besar sesuai dengan harga.
Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Jalan Royal, 98000 Miri, Sarawak. Waktu operasi pada setiap hari, dan 24 jam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-524 3031.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/selerarasasegarmiri/
2. LAKSA LOLITA – SARAPAN
Laksa Lolita adalah kedai laksa Sarawak yang paling famous dekat Miri. Rata-rata pengunjung yang datang ke Miri akan singgah ke sini untuk rasai kesedapan laksa Sarawak yang ori dan pekat ni. Dekat sini kalau nak try makanan lain tiada, mereka hanya sediakan laksa Sarawak sahaja. Harga makanan mereka pon sangat murah dan rahmah.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 349, Jalan Miri – Lutong, Lutong, 98000 Miri, Sarawak. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-685 9348.
3. KAFE AROMA SELERA – SARAPAN
Kafe aroma selera adalah kafe yang sediakan sarapan pagi yang sedap dan aneka pilihan. Antara menu yang popular dan jadi kegemaran pengunjung yang datang ialah roti jantan dan laksa Sarawak. Mereka juga ada hidangkan pelbagai menu lain juga dekat sini. Korang boleh datang cuba diorang punya roti canai jantan dan laksa Sarawak, pasti korang akan repeat lai nanti.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 2164, Jalan Saberkas Utama, Saberkas Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi hingga 5.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-5166 8809. Korang boleh layari laman websites mereka di https://kafe-aroma-selera.business.site/.
4. KORNIA’S RECIPE – SARAPAN
Dah bosan asyik breakfast tempat yang sama je? Nak juga try tempat lain yang best-best dekat area Miri? Haa.. korang boleh datang cuba Kornia’s recipe ni. Mereka ada sedia pelbagai juadah dan menu sarapan pagi yang sedap dan panas-panas. Korang kalau datang boleh cuba teh ais special dan mee kolok serta nasi lemak diorang pasti korang puas hati dan berbaloi. Harga pon biasa-biasa je sesuai dengan portion yang mereka berikan.
Rancang nak datang untuk mencuba makanan disini? Lokasi restoran ini terletak di Marina Square, 98000, Miri Sarawak. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada jam 7 pagi hingga 3 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 014-681 2354.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/korniasrecipe/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Korniasrecipe/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Miri ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !