13 Tempat Makan Best Sarapan Di Taiping, Perak | Mengawali pagi dengan santapan di Taiping, Perak adalah pengalaman yang benar-benar mengasyikkan. Kawasan ini mempunyai daya tarikan tersendiri apabila datang ke makanan tradisional dan hidangan lazat, menjadikannya destinasi idaman para foodie. Terdapat pelbagai tempat menarik yang menanti untuk dijelajahi, di mana anda dapat merasai citarasa unik yang hanya ditemui di sini

Sementara berehat di Taiping sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Taiping? Berikut merupakan tempat makan best di Taiping, Perak yang anda harus cuba.

 

1. ROTI BAKAR ARANG FADZIL HOUSE – SARAPAN

Kedai sarapan yang menawarkan pengalaman istimewa di Taiping ialah Roti Bakar Arang Fadzil House. Anda pasti akan merasa kehilangan jika berkunjung ke Taiping tanpa mencuba kenikmatan roti bakar arang yang mereka tawarkan. Di sini, mereka masih mengamalkan cara tradisional memotong dan membakar roti seperti yang dilakukan oleh nenek moyang kita. Proses pemanggangan menggunakan arang memberikan sentuhan aroma dan rasa yang benar-benar khas.

Pelbagai hidangan di menu benar-benar menggugah selera dan beberapa jenis roti menjadi pilihan utama para pelanggan, termasuk roti bakar telur goyang yang menggoda, roti kukus yang lembut, dan roti kahwin yang menggabungkan rasa manis dan gurih. Selain itu, mereka juga menyajikan hidangan nasi lemak yang lezat, nasi impit dengan kuah kacang yang lazat, pelbagai jenis sup yang menghangatkan, dan mee kari yang pasti memuaskan selera.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-505 5877 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RotiBakarArangFadzilHouse/?locale=ms_MY

 

2. ILHAM RASA CAFE – SARAPAN

Ilham rasa cafe menyajikan aneka menu sarapan pagi yang best dan sedap. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini memberi review yang bagus dan mereka mengatakan semua menu mereka berbaloi untuk dicuba. Anda patut cuba menu roti sangkaya mereka yang merupakan menu wajib anda pesan sekiranya anda datang ke sini.

Dengan pilihan hidangan yang begitu beragam, pengunjung pasti akan meninggalkan tempat ini dengan perut kenyang dan senyuman puas di wajah. Roti Bakar Arang Fadzil House tidak hanya menyediakan santapan yang mengenyangkan, tetapi juga mengajak anda untuk merasai sepotong warisan rasa dan aroma dari zaman dahulu.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di No. 53, Persiaran TBC, Taiping Business Centre, 34000 Taiping, Perak.Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ilhamrasacafe/?locale=ms_MY

 

3. ROTI CANAI RAILWAY – SARAPAN

Roti canai railway ini terletak berdekatan dengan Hospital Taiping merupakan kedai roti canai yang popular bagi pengunjung yang datang ke Taiping. Menu yang paling popular di sini ialah roti canai sarang burung mereka. Roti canai mereka disajikan dengan kari daging dan telur mata yang sedap dan dapat membuat korang terliur. Selain roti canai sarang burung terdapat juga menu lain seperti roti bakar, roti canai biasa dan pelbagai lagi.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-390 1940.

 

4. EPIKONE – SARAPAN 

Port sarapan padu dengan gaya klasik dan mantul di Taiping, Perak. Korang semua kena cuba menu sarapan disini. Mempunyai pelbagai jenis menu yang sedap dan menyelerakan.Paling menarik mee goreng dan kue teow goreng kat sini..pergh rasa klasik dan padu kome ! Menggunakan pinggang mangkuk lama dan meja yang rare mengamitkan nostalgia lama sambil menikmati hidangan. Selain itu, terdapat juga menu lain yang menarik seperti mee kari, roti kukus, kacang pool dan pelbagai lagi.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di NO 16 SUSUR ILBP 3 BUSINESS PARK, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 2 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-1076 3683.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100082999969169

 

5. NASI LEMAK KAMBUS – SARAPAN

Peminat nasi lemak anda wajib singgah ke sini untuk merasai nasi lemak mereka yang istimewa. Nasi lemak mereka dibalut dengan telur goreng dan sambal mereka yang cukup semuanya. Ini merupakan menu yang  popular di sini. Harganya juga sangatlah murah dan berbaloi. Korang wajib datang untuk mencuba!

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di  255, Jalan Muzium, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi sehingga 1 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-6414 9519.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/NasiLemakKambus/photos

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Taiping ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply