13 Tempat Makan Malam Best di Ampang Jaya, Selangor | Ampang Jaya atau dikenali sebagai Ampang ialah sebuah bandar, mukim dan kawasan pilihanraya parlimen yang merangkumi sebahagian daripada Daerah Hulu Langat dan daerah Gombak, di timur, Malaysia. Ia terletak di luar sempadan timur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Ampang Jaya, Selangor ini.

 

1. RESTORAN ZAITON ASAM PEDAS – MAKAN MALAM

Korang dah lama craving asam pedas tapi tak jumpa jumpa? Korang boleh ke Restoran Zaiton Asam Pedas. Kalau korang nak tahu, Restoran Zaiton Asam Pedas adalah sebuah restoran yang cukup popular dengan hidangannya dan pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Korang pasti akan puas hati punyalah kerana asam pedas cukup lazat hingga menjilat jari. Memang padu. Bukan setakat Asam Pedas je ada dekat sini, menu lain seperti Sambal Bilis Telur Hancur, Sardin, Nasi Goreng dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan sangatlah mampu milik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba.

Lokasi ini di Jalan Mamanda Kecil 1, Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-8444470. 

 

2. KAWD AMPANG WATERFRONT – MAKAN MALAM

Korang teringin makanan Western malam malam? Kawd Ampang Waterfront adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan Western seperti Kaw Kaw Burger, Chicken Chop, Meefy Mac and Cheese, Smoke Duck Salad dan bermacam lagi. Korang pasti akan terpegun punya sebab portion yang dihidangkan sangatlah banyak dan berbaloi. Tempat ini memang sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau rakan korang, Tak percaya? Cubalah rasai sendiri.

Lokasi Kawd ini 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor dan dibuka pada 12 tengah hari hingga 1 pagi kecuali Jumaat pada 4 petang hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-3452240.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kawdofficial/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kawdofficial/

 

3. BERIANI IPOH – MAKAN MALAM

Dah lama cari Nasi Beriani tapi tak tahu dekat mana best? Korang kena makan di Beriani Ipoh ini. Kalau korang nak tahu, Beriani Ipoh adalah salah satu restoran terbaik dalam menghidangkan Nasi Beriani yang kaw kaw. Terdapat pelbagai pilihan Nasi Beriani yang korang boleh cuba seperti Nasi Beriani Kambing Kari, Nasi Beriani Daging Masala, Nasi Beriani Ayam Merah, Nasi Beriani Madras, Nasi Beriani Ayam Goreng dan banyak lagi. Korang pasti akan rambang mata punya. Harga yang ditawarkan samalah berbaloi dengan portionnya. Memang puaslah. Korang kena cuba, rugi tau!

Lokasi Beriani ini di 1, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor dan dibuka setiap hari pada 9:30 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-6506786.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Nasi-Briyani-Ipoh-100047989582845/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/beriani_ipoh/

 

4. ZAINI SATAY AMPANG @ KUALA LUMPUR, MALAYSIA – MAKAN MALAM

Nak makan Satay dengan suasana yang tenang tapi tak tahu dekat mana best? Korang boleh singgah di Zaini Satay Ampang ini. Zaini Satay Ampang adalah salah satu port lepak yang agak popular di Ampang ini. Terdapat pelbagai jenis Satay yang korang boleh cuba. Semestinya sangat lembut, juicy dan besar. Memang puas hatilah orang kata.  Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi. Jadi bagi korang yang nak melepak bersama rakan-rakan tu, boleh cuba disini. Best.

Lokasi Zaini Satay ini di Kiosk No.4, Laman Niaga MPAJ@Ampang Jaya, Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-3696934.

 

5. MOHD CHAN RESTAURANT @ AMPANG – MAKAN MALAM

Korang teringin nak cuba makan makanan Chinese tapi tak tahu dekat mana yang halal? Segala jawapan itu terjawab di Mohd Chan Restaurant ini. Restoran ini adalah sebuah restoran Chinese Halal yang paling terbaik di daerah Ampang ini. Rata-rata pelanggan yang kunjung disini, sangatlah berpuas hati dengan hidangannya. Memang rasa asli dan terbaik. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Kam Heong, Chicken, Dim Sum. Siakap 3 Rasa, Yam Basket dan banyak lagi. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga korang. Memang berbaloi. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi Mohd Chan ini di Ground Floor, No 39 & 40, Jln Memanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor dan dibuka setiap hari pada 11:30 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-23305584.

BUSINESS PAGE: https://www.mohdchan.com.my/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mohdchanmy

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mohdchanmy/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Klang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Klang, Selangor. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply