13 Tempat Makan Malam Best di Ayer Keroh, Melaka | Ayer Keroh ialah sebuah bandar yang berada di daerah Melaka Tengah. Bandar ini amatlah popular sebagai destinasi pelancongan tidak kira pelancong luar atau dalam negara. Bukan setakat itu sahaja, tempat ini juga mempunyai tempat makan yang menarik untuk dikunjungi,
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Ayer Keroh, Melaka ini.
1. RUMAH MAKAN CIBIUK AYER KEROH – MAKAN MALAM
Korang teringin nak makan makanan Indonesia tapi tak tahu dekat mana? Korang boleh cuba singgah di Rumah Makan Cibiuk Ayer Keroh. Rumah Makan Cibiuk adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan khas Sunda dari Bandung, Indonesia. Kalau korang nak tahu, rata-rata pelanggan disini sangatlah berpuas hati dengan hidangan. Antara makanan yang disyorkan disini ialah Nasi Timbel, Bebek Bakar, Sup Ekor, Nasi Liwet, Nasi Ayam Penyet Bakar dan banyak lagi. Selamat mencuba!
Lokasi ini di 10, Lingkaran Mitc, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam kecuali Jumaat pada 3 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 06-2338645.
BUSINESS PAGE: https://www.cibiukayerkeroh.com/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/cibiukayerkeroh/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cibiukayerkeroh/
2. SHELLOUT 7 TERBALIK MELAKA – MAKAN MALAM
Tiba-tiba craving nak makan shellout malam malam? Jangan risau, korang boleh ke Shellout 7 Terbalik Melaka ini. Kalau korang nak tahu, Shellout 7 Terbalik Melaka adalah salah satu restoran Shellout yang terbaik di Ayer Keroh ini. Korang mesti akan suka punya kerana dekat sini terdapat banyak menu yang korang boleh cuba. Antaranya seperti Shell Out Butter Milk & Sambal Makkaw Merah, Shell Out Rahmah dan banyak lagi. Korang mesti kesedapan menjilat jari punya. Tak percaya? Cubalah datang ke sini dan rasai pengalamannya.
Lokasi Shellout 7 Terbalik ini di 2, Jalan Bukit Beruang Utama 2, Taman Bukit Beruang Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka dan dibuka setiap hari pada 11:30 pagi hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-3854269.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/7terbalik/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoran7terbalik/
3. KING KUNYIT AYER KEROH – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Ayer Keroh ini, korang kena cuba makan di King Kunyit Ayer Keroh. Dekat sini, terdapat bermacam jenis menu gorengan kunyit beserta sambal yang korang boleh dapatkan disini. Memang puas punya. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Nasi Ayam Kunyit Biasa, Talapia Kunyit Goreng, Ayam Kunyit Telur dan banyak lagilah. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dengan portion hidangan. Tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi restoran ini di 4, Jalan TU 42, 75450 Ayer Keroh, Melaka dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 9 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 014-3444996.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kingkunyit/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kingkunyit/
4. MOHD CHAN BY THE GARDEN – MAKAN MALAM
Sebut sahaja Mohd Chan pasti ramai sudah tahu tentang restoran ini. Mohd Chan adalah sebuah restoran Chinese Muslim yang popular di sini. Dekat sini, mereka menggabungkan makanan Chinese dan Local untuk menghasilkan rasa yang unik dan pengalaman kulinari yang menarik. Bukan itu sahaja, perkhidmatan disini juga sangat memuaskan. Korang pasti akan suka punya.
Lokasi Mohd Chan ini di Taman Seribu Bunga, Jalan Gapam, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka dan dibuka setiap hari pada 11:30 pagi hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-2000844.
BUSINESS PAGE: https://www.mohdchan.com.my/
5. MR CAFE & RESTAURANT – MAKAN MALAM
Ingin makan bersama keluarga tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, Mr Cafe & Restaurant adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, Mr Cafe & Restaurant adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan Local dan juga Western. Apa yang menariknya ialah mereka menghidangkan makanan tersebut di talam yang sangat besar. Memang puas lah orang kata makan. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Masak Lemak Daging Salai, Ayam Buttermilk dan banyak lagi. Bukan setakat portion je besar tapi harga pun berbaloi.
Lokasi ini di 4, Jalan TU 2, 75350 Melaka dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-55041527.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mrcaferestaurant1527/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mrcafe1527/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Melaka Tengah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Ayer Keroh ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!