13 Tempat Makan Malam Best di Gelugor, Pulau Pinang | Gelugor atau dikenali sebagai Glugor adalah sebuah bandar yang berada di bahagian selatan George Town, Pulau Pinang. Kalau korang nak tahu, bandar ini juga dikenali sebagai bandar universiti di Pulau Pinang ini kerana banyak institusi pendidikan disini. Bukan sahaja, bandar ini juga mempunyai tempat makan menarik yang ramai tak tahu.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Gelugor, Pulau Pinang yang anda boleh kunjungi.
1. NURUL IKAN BAKAR SPECIAL PENANG – MAKAN MALAM
Nak makan Ikan Bakar tapi kedai selalu penuh? Jangan risau, korang boleh ke Nurul Ikan Bakar Special Penang. Dekat sini mereka menyediakan banyak jenis hidangan yang korang boleh pilih. Kawasan disini sangat luas, portion hidangan banyak dan harga makanan disini cukup berpatutan. Jadi tempat ini memang sesuailah bagi seisi keluarga atau rakan-rakan makan bersama. Korang pasti akan puas hati punyalah. Selamat mencuba!
Lokasi ini terletak di Tun Dr. Lim Chong Eu Hwy, 10100 Gelugor, Penang dan dibuka pada setiap hari pada 5 petang hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-5778302.
2. NASI BUKHARI MENDI SAJID KHAN – MAKAN MALAM
Dah jemu makan makanan Local dan nak makan makanan Arab? Korang boleh datang ke Nasi Bukhari Mendi Sajid Khan. Kalau korang nak tahu, hidangan disini mempunyai rasa smoky, penuh dengan rempah ratus dan lembut tau. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Nasi Shawarma Lamb, Naan Cheese, Cheez Naan Set dan Mendi Chicken. Korang mesti suka punyalah.
Lokasi ini di Plaza Ivory, 2-1-25, Halaman Bukit Gambir, Sunway Bukit Gambier, 11700 Gelugor, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 12:30 tengahari hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-5172115.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Nasi-Bukhari-mendi-Sajid-Khan-100040087676339/
3. EKONOMI TOMYAM SUNGAI DUA, USM PENANG – MAKAN MALAM
Korang craving makan Tomyam? Korang wajib singgah di Ekonomi Tomyan Sungai Dua, USM Penang ini. Kalau korang nak tahu, restoran ini mendapat rating yang tinggi di Google iaitu 4.7 bintang yang direview sebanyak 2,268 orang. Dekat ini, mereka menghidangkan banyak makanan berasaskan Tomyam seperti Nasi Goreng Tomyam, Kuey Teow Sup Tomyam, Tomyam Campur dan banyak lagi. Sememangnya kaw kaw lah. Bukan setakat sedap je tau tapi portion dan harga pun cukup berbaloi. Cubalah rasai pengalamannya, korang pasti repeat punya lah.
Lokasi restoran ini di 674-B, Jalan Sungai Dua, Sungai Dua, 11700 Pulau pinang, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 24 jam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-10991703.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/people/Ekonomi-Tomyam-Sungai-Dua-USM/100070033116282/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Gelugor ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Gelugor, Pulau Pinang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!