13 Tempat Makan Malam Best di Kemaman, Terengganu | Kemaman adalah sebuah daerah yang berada di bahagian selatan Terengganu. Daerah ini bukanlah sebuah daerah yang asing kerana ianya popular sebagai salah satu destinasi pelancongan. Bukan setakat itu je, disini juga mempunyai banyak makan menarik yang masih ramai tak tahu lagi.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang ada di Kemaman, Terengganu

 

1. SEAVIEW IKAN BAKAR KUALA KEMAMAN – MAKAN MALAM

Inginkan hidangan seafood yang fresh dan juicy? Seaview Ikan Bakar Kuala Kemaman adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, restoran ini memperoleh rating yang tinggi di Google iaitu 4.3. Rata-rata review yang diberikan sangatlah positif dari segi hidangan, perkhidmatan dan harga yang ditawarkan. Restoran ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi Seaview ini di Jalan Kuala Kemaman, 24000 Chukai, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa. Isnin, Rabu dan Khamis dibuka pada 4:30 petang hingga 11 malam dan Jumaat hingga Ahad ditutup pada 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 011-14942164.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/seaviewkualakemaman/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/seaview_kuala_kemaman/

 

2. TEXAS STATION CAFE & RESTAURANT – MAKAN MALAM

Korang craving makanan Western? Korang kena cuba makan di Texas Station Cafe & Restaurant. Texas Station ini adalah restoran Western terbaik di daerah Kemaman, Terengganu ini. Dekat sini, terdapat pelbagai jenis hidangan yang korang boleh pilih seperti Lamb, Spaghetti Olio, Chicken, Steak dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dengan portion yang agak banyak. Pasti korang takkan menyesal punyalah.

Lokasi restoran ini di Lot PT 16088 Tingkat Bawah, Bangunan Kedai Depan Nirwana, Jalan Kubang Kurus, Chukai Utama, 24000 Chukai, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa. Sabtu hingga Khamis dibuka pada 3 petang hingga 11 malam kecuali Jumaat dibuka 4 peetang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 09-8586260. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/texasstationcafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.facebook.com/texasstationcafe/

 

3. RUMAH KOPI KEMASIK – MAKAN MALAM

Rumah kopi ini bukan sebarang rumah tapi luar biasa! Kalau korang nak tahu, Rumah Kopi Kemasik ini adalah hidden gem yang ada di daerah ini. Rumah Kopi Kemasik ini, mereka menyediakan berbagai makanan Local, Western yang padu-padu. Bagi korang yang suka kopi tu, korang kena cuba kopi mereka. Serius sedap dan korang akan suka punyalah. Suasana dekat sini pun memang tenang dengan vibes 90 an. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di 2208 Kg Tanah Lot Kemasik, 24200 Kemaman, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 4:30 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 010-4545032.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Rumah-Kopi-Kemasik-100083174358388/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@rumah_kopi_kemasik

 

4. KEDAI MAKAN (NASI LEMAK CRISPY FRIED CHICKEN) – MAKAN MALAM

Tiba-tiba rasa macam nak makan Nasi Lemak? Korang boleh singgah di Nasi Lemak Crispy Fried Chicken ini. Dikatakan Nasi Lemak ini sangatlah sedap ditambahkan pula dengan ayam goreng yang rangup dan panas. Memang mantap. Bukan setakat sedap, harga pun sangatlah berpatutan. Dekat sini bukan setakat Nasi Lemak je, pelbagai jenis hidangan yang boleh didapati.

Lokasi ini di 103334, Jalan Kampung Tuan, Kampung Gong Limau, 24000 Chukai, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Khamis pada 5 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 011-58569771.

 

5. KEMAMAN STATION KOPITIAM – MAKAN MALAM

Korang dah jemu makan makanan Western dan nak cuba makanan Local? Kemaman Station Kopitiam adalah tempatnya. Untuk pengetahuan korang, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan masakan Local yang lazat. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Butter Rice with Curry Chicken, Nasi Lemak with Fried Chicken dan Mee Kari. Hampir kesemua makanan disini sedap. Bukan setakat sedap, harga dan suasana pun berpatutan dan santai. Korang pasti akan puas hati punya.

Lokasi Kemaman Station di 9711, Jalan Kubang Kurus, Taman Cukai Utama, 24000 Chukai, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 012-9653211.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Kemaman ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kemaman, Terengganu. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply