13 Tempat Makan Malam Best di Kuala Kangsar, Perak | Kuala Kangsar, sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah yang penting di Malaysia. Bandar ini merupakan sebuah destinasi pelancongan yang cukup terkenal dengan pelbagai produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS). Walaupun Kuala Kangsar ini kaya dengan warisan budaya, bandar ini juga mempunyai tempat makan yang menarik dan unik.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Kuala Kangsar, Perak.
1. LEPAK KAMPUNG TALANG – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Kuala Kangsar, korang kena cuba datang ke Lepak Kampung Talang. Restoran ini adalah salah satu restoran yang cukup popular dengan suasana sejuk dikelilingi dengan pokok. Dekat disini terdapat pelbagai jenis makanan yang korang boleh pilih daripada hidangan tempatan sehinggalah hidangan Western. Restoran ini amatlah sesuai bagi anak muda yang suka berootd dan juga seisi keluarga.
Lokasi restoran ini di 23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 6 petang hingga 12 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-3130 5002.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Lepak-Kampung-Talang-100057179931015/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lepakkampungtalang/
2. RESTORAN BAWAL GORENG PANAS SIMPANG LAWIN – MAKAN MALAM
Restoran ini merupakan salah satu restoran yang popular di Kuala Kangsar ini. Makanan di Restoran Bawal Goreng Panas Simpang Lawin ini, dikatakan sungguh sedap walaupun kelihatan simple. Bukan itu sahaja, perkhidmatan dan harga pun cukup baik dan berpatutan. Kalau korang ada disini, korang boleh cuba nasi bersama ikan bawal mereka, korang pasti puas hati punya.
Lokasi restoran ini di Jalan Baling – Kuala Kangsar, Kampung Suak Larah, 33010 Kuala Kangsar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-536 2139.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/bawalgorengpanassimpanglawin/
3. THE PEJOI’S CAFE KUALA KANGSAR – MAKAN MALAM
Bosan makan makanan Local? Korang boleh cuba makan di The Pejoi’s Cafe Kuala Kangsar. Kafe ini merupakan salah satu kafe yang menghidangkan makanan Western yang cukup padu. Portionnya bagus dan cara plating pun sedap mata memandang. Kafe ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga dan rakan-rakan berkumpul kerana perkhidmatan dan suasananya sangat baik. Korang pasti akan terpukau melihatnya.
Lokasi cafe ini di 127, Persiaran Prima 2, Kuala Kangsar Prima, 33010 Kuala Kangsar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 3 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-936 5660.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/pjoiscafe/
4. CHOR CHAR KUEY TEOW KUALE – MAKAN MALAM
Lapar Char Kuey Teow pada waktu malam? Jangan risau, Chor Char Kuey Teow adalah tempatnya. Restoran ini merupakan restoran yang berjaya menambat hati para pelanggan dengan hidangan Char Kuey Teownya. Char Kuey Teow disini bukan hanya padu dengan kuahnya yang pekat tetapi juga juicy. Kalau korang datang kesini, korang kena cuba Char Koay Teow Kerang yang menjadi pilihan utama disini. Serious sedap…
Lokasi Chor Char Kuey Teow ini di Persiaran Bendahara, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 7:30 pagi hingga 2:30 petang dan dibuka semula pada 4:30 petang hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-492 4242.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Chor-Char-Koay-Teow-Kuale-100067211920986/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/chor_char_koeyteow/
5. JIM @ LUBOK – MAKAN MALAM
Inginkan tempat makan yang bagus dan selesa untuk makan malam bersama keluarga? Korang kena singgah di Jim @ Lubok. Makanan yang dihidangkan disini pasti tidak akan mengecewakan korang. Portion makanan disini besar, rasanya pun sedap. Restoran ini menghidangkan hidangan seperti Western dan Local. Kalau korang masih tak tahu nak makan apa disini, korang boleh cuba Nasi Goreng dan Nasi Kambing Bakar dekat sini.
Lokasi Jim @ Lubok ini di Kampung Paya, 33010 Kuala Kangsar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 3 petang hingga 12 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-596 0047.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/jimatlubok/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/jim.lubok/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Kuala Kangsar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kuala Kangsar, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye.