13 Tempat Makan Malam Best di Kuala Lumpur | Kuala Lumpur adalah ibu negara bagi Malaysia. Ia adalah sebuah bandar terbesar yang pesat membangun. Bandar ini amatlah popular kerana kepelbagaian budaya, komersial dan pusat pengangkutan.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ini.
1. NASI LEMAK WANJO KG BARU – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Kampung Baru, korang wajib singgah di Nasi Lemak Wanjo KG Baru. Untuk pengetahuan korang, Nasi Lemak Wanjo KG Baru adalah sebuah restoran yang sangat popular di Kampung Baru ini. Dikatakan Nasi Lemak sini sangatlah lazat ditambahpula aroma panas yang memukau. Memang mantap lah orang kata. Bukan setakat tu je, dekat sini terdapat pelbagai jenis Nasi Lemak yang korang boleh cuba. Antaranya ialah Nasi Lemak Paru, Nasi Lemak Sotong Superbbbb, Nasi Lemak Sotong, Nasi Lemak Daging Rendang, Nasi Lemak Berlauk Wanjo dan banyak lagi. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi ini di 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 6 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-63361963.
2. ROSDET TOMYAM – MAKAN MALAM
Tiba-tiba tekak terasa nak makan Tomyam? Jangan risau, korang boleh je Rosdet Tomyam. Kalau korang nak tahu, Rosdet Tomyam adalah sebuah restoran Thai paling terbaik yang ada di Kuala Lumpur ini. Dekat sini, korang boleh dapatkan bermacam jenis hidangan. Antaranya seperti Tomyam Seafood, Siakap 3 Rasa, Sotong Salted Egg, Udang Celup Tepung, Kerang Rebus dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punyalah dengan keaslian rasa yang memukau. Pasti korang repeat punyalah. Tak percaya? Rasa sendiri pengalamannya.
Lokasi Rosdet Tomyam ini di 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 1 pagi hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-9082454.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rosdet/
3. RESTORAN DAPUR SARAWAK – MAKAN MALAM
Korang craving makan makanan Sarawak tapi tak tahu nak cari dekat mana? Korang boleh singgah di Restoran Dapur Sarawak. Sebut sahaja Dapur Sarawak pasti ramai yang sudah tahu akan restoran ini. Restoran ini amatlah popular dengan hidangan Sarawak yang padu-padu. Dekat sini, korang boleh dapatkan bermacam-macam jenis hidangan seperti Mee Kolok Goreng Daging, Cucur Pusuk, Mee Kolok Sarawak, Laksa Sarawak, Lempeng Sagu dan banyak lagi. Kalau korang ingin makan bersama keluarga atau rakan-rakan, korang boleh ke sini. Memang terbaik!
Lokasi restoran ini di No.19, Jalan Sarikei,, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-40317987.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/people/Restoran-Dapur-Sarawak/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di Kuala Lumpur ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kuala Lumpur ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!