13 Tempat Makan Malam Best di Mersing, Johor | Mersing adalah sebuah daerah yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Kawasan ini amatlah popular dengan pantai yang indah dan menjadi pintu gerbang untuk pulau pulau terkenal seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa dan Pulau Besar. Bukan setakat itu saja, Mersing ini juga memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan laut antara semenanjung Malaysia dan pulau pulau di sekitarnya.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Mersing, Johor ini.

 

1. #BAEK CAFE BISTRO – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Mersing, korang boleh cuba singgah di #Baek Cafe Bistro ini. Walaupun restoran ini kelihatan biasa tapi siapa sangka #Baek Cafe Bistro ini adalah salah satu tempat makan malam terbaik di Mersing. Dekat sini, mereka ada menyediakan hidangan Western yang padu. Banyak hidangan yang korang boleh pilih seperti Meatball, Chicken Chop, Grilled Chicken, Creamy Fries dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya kerana portion yang ditawarkan sangatlah banyak, memang sesuailah untuk big eater. Bukan setakat tu je, harga juga sangat mampu milik. Selamat mencuba!

Lokasi ini di lot 408, Kampung Benaong, 86800 Mersing, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-7748004.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/baekcafebistro/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/baekcafebistro/

 

2. SATEY TELUK ISKANDAR – MAKAN MALAM

Korang tiba-tiba rasa nak makan Satay? Jangan risau korang boleh ke Satey Teluk Iskandar. Apa yang menarik disini adalah terdapat banyak pilihan satay yang korang boleh cuba. Ada Satay Ayam, Satay Daging, Satay Kambing, Satay Arnab dan banyak lagi. Korang pasti akan kesedapan punya kerana tesktur satay sangatlah lembut, juicy dan rasanya sangatlah sedap. Kesedapan kian terasa apabila makan bersama kuah kacang yang pekat. Memang terbaik. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Satey Teluk Iskandar ini di Kampung Paya Tinggal, 86800 Mersing, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Khamis pada 5 petang hingga 12 tengah malam.  Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-7670853. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Satey-teluk-iskandar-100063706237279/?locale=ms_MY

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/sateytelukiskandar96/

 

3. WARUNG MAN BAKSO – MAKAN MALAM

Craving Bakso? Warung Man Bakso adalah jawapannya. Warung Man Bakso ini adalah salah satu hidden gem yang ada di Mersing ini. Walaupun warung ini kelihatan biasa tapi sebenarnya luar biasa. Korang pasti akan suka punya kerana  Mee disini sangatlah sedap, murah dan perkhidmatan disini sangatlah baik. Tempat ini amatlah sesuai untuk korang yang nak melepak bersama kawan-kawan.

Lokasi ini di 3, Kampung Sawah Dato’, 86800 Mersing, Johor dan dibuka setiap hari. Ahad hingga Khamis dibuka pada 12 tengah malam hingga 12 tengah hari dan dibuka pada 4:30 petang hingga 12 tengah malam. Jumaat pada 12 tengah malam hingga 12 pagi dan Sabtu pada 4:30 petang hingga 12 tengah malam.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Mersing ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Mersing ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply