13 Tempat Makan Malam Best di Pasir Puteh, Kelantan | Pasir Puteh adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Kelantan dan juga salah satu daripada 10 jajahan pentadbirannya. Kalau korang nak tahu, Pasir Puteh bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana bandar ini penuh dengan daya tarikan pelancongan seperti kawasan pantai yang cantik dan alam semula jadi. Bukan itu, bandar ini juga mempunyai tempat makan yang menarik untuk anda kunjungi.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang anda boleh singgah di Pasir Puteh, Kelantan.
1. RESTORAN NASI KERABU KAMBING BAKAR – MAKAN MALAM
Korang lapar nak makan Nasi Kerabu tiba-tiba? Jangan risau, korang boleh singgah di Restoran Nasi Kerabu Kambing Bakar. Kalau korang nak tahu, Nasi Kerabu disini sangat unik tau. Kebiasaanya, Nasi Kerabu berwarna biru tapi bukan di Restoran Nasi Kerabu Kambing Bakar yang menyajikan Nasi Kerabu berwarna kuning. Bukan itu sahaja, Nasi Kerabu ini juga mempunyai rasa asli dan semestinya sedap dimakan bersama daging bakar dan solok lada. Memang berbaloilah. Jadi, tunggu apa lagi? Selamat mencuba!
Lokasi ini di 198c, AH18, 16800 Pasir Puteh, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 6:30 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-26803507.
2. NASI LEMAK AMB – MAKAN MALAM
Tiba-tiba rasa nak makan Nasi Lemak pada waktu malam? Jangan risau, Nasi Lemak AMB ada untuk korang. Nasi Lemak AMB adalah sebuah restoran yang menghidangkan Nasi Lemak sebagai menu utama yang korang wajib cuba. Bagi korang suka yang makan atau mencari sambal Nasi Lemak yang pedas dan sedap, korang boleh dapatkan disini. Terdapat banyak jenis sambal yang korang boleh pilih seperti Sambal Ikan Bilis, Sambal Sotong dan banyak lagi. Harga dan portion sangatlah berbaloi dan mengenyangkan korang.
Lokasi restoran ini di Jalan Pondok, 16800 Pasir Puteh, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 1 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-2660909.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Nasilemakamb2002/
3. ALIBABA KITCHEN, PASIR PUTEH – MAKAN MALAM
Korang tercari-cari tempat makan dengan suasana yang exclusive, selesa dan harga yang berpatutan? Alibaba Kitchen adalah jawapannya. Untuk pengetahuan korang, Alibaba Kitchen merupakan Cafe dan Restaurant yang pertama berkonsepkan filem melayu klasik di Pasir Puteh. Dekat sini, mereka menawarkan pelbagai hidangan yang korang boleh dapati sambil menikmati suasana yang santai. Jadi, bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau lepak bersama kawan korang, inilah tempatnya. Korang pasti akan puas hati punyalah.
Lokasi cafe ini di PT2285, Sentral, 16800 Pasir Puteh, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 8 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-2432213.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/foodstationsince2021/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Pasir Puteh ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Pasir Puteh, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!