KUALA NERUS – Tarikh 27 Mac menjadi kenangan paling istimewa buat seorang juru X-ray apabila dia menjadi raja sehari.

'2in1'- Pagi Naik Pelamin, Petang Naik Pentas Terima Ijazah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemudian, melangkah ke pentas konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan berpakaian sama.

Ameerul Hakim [email protected] Fauzi, 27, dari Kampung Seberang Takir selamat bergelar suami kepada Nur Izzatul Nabilah Ghazali, 22, pada jam 10.30 pagi Ahad sebelum terus ke UniSZA empat jam kemudian.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) berkata, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Mei depan namun terpaksa mempercepatkan tarikh.

Hal ini kerana, kekangan jadual Nur Izzatul Nabilah yang kini bekerja secara kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

“Saya mendapat tahu tarikh majlis konvokesyen sebulan yang lalu. Ketika itu saya fikir tidak dapat menghadirinya.

“Kerana semua persiapan perkahwinan termasuk bayaran tempahan dewan sudah dibuat,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Bagaimanapun Ameerul Hakim bersyukur kerana pihak universiti memaklumkan dia boleh menghadiri konvokesyen pada sesi petang selepas selesai akad nikah.

“Alhamdulillah syukur, walaupun penat tetapi saya tetap gembira kerana majlis berjalan lancar,” katanya.

Berkongsi pertemuan bersama isterinya, Ameerul Hakim memberitahu tidak pernah berjumpa Nur Izzatul Nabilah ketika di kampus.

“Kami berkenalan ketika bekerja di klinik sama di daerah ini, Ogos lalu dan bertunang empat bulan kemudian.

Jelas beliau, isterinya yang berasal dari Kampung Padang Polis, Batu Rakit juga akan diraikan dalam majlis konvokesyen pada Selasa ini (29 Mac).

Isterinya turut berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam kursus yang sama.

Seramai 3,345 graduan UniSZA menerima doktor falsafah (Phd), sarjana, ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen ke-13.

Konvokesyen ini akan diadakan selama empat hari bermula Ahad.

Daripada jumlah itu, seramai 107 graduan dianugerahkan PhD, 84 graduan dianugerahkan sarjana sains dan sarjana sastera, seramai 1,753 graduan akan menerima ijazah sarjana muda.

Semua graduan membabitkan 10 buah fakulti dan 1,152 graduan diploma dari lapan fakulti.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply