KUALA LUMPUR – Tindakan berani pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pantai Dalam yang membina laluan rahsia untuk meloloskan diri jika diserbu pihak berkuasa.

Terowong Khas Dibina Bawah Rumah. Ini Taktik PATI Meloloskan Diri Daripada Pihak Berkuasa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tindakan warga asing tersebut akhirnya terbongkar dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) pada awal pagi Ahad.

Melalui Ops Sapu jam 2 pagi itu didapati penempatan setinggan berkenaan mempunyai laluan bawah rumah yang ditutupi dengan lapisan kayu.

Penghuni terbabit disyaki menggali tanah di bawah rumah untuk menyukarkan tindakan pihak berkuasa.

Hal ini kerana, ‘lorong khas’ itu berada di kawasan lopak air dan berlecak.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut menahan PATI yang leka bermain judi daun terup.

Selain itu, turut ditemui peralatan yang disyaki untuk menghisap dadah.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi dijalankan oleh Imigresen Kuala Lumpur bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mereka menahan 93 warga asing yang terdiri daripada 47 lelaki, 33 wanita, 10 kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan.

Terowong Khas Dibina Bawah Rumah. Ini Taktik PATI Meloloskan Diri Daripada Pihak Berkuasa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua yang ditahan berusia dalam lingkungan antara satu hingga 60 tahun.

“Daripada jumlah itu, 62 individu yang ditahan merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi warga lelaki Myanmar.

“Kesemua mereka didapati tidak mempunyai dokumen sah serta tinggal lebih masa,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan pada awal pagi Ahad.

Syamsul Badrin berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

Katanya, kebanyakan PATI yang ditahan bekerja sebagai buruh binaan, tukang cuci dan mengambil upah membuat kuih.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati PATI menyewa rumah terbabit pada harga RM200 hingga RM300 sebulan untuk satu bilik di kawasan itu.

Beliau berkata, pihak berkuasa pernah menyerbu kawasan setinggan itu termasuk pada tahun 2015.

“Kini mereka membina ‘terowong khas’ di bawah rumah serta laluan tikus sebagai persediaan melarikan diri jika diserbu pihak berkuasa,” katanya.

Semua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply