13 Tempat Makan Best Seafood Di Bagan Ajam, Pulau Pinang | Bagan Ajam adalah sebuah bandar yang terletak di Pulau Pinang. Bagan Ajam juga dikenali oleh ramai kerana terdapat pasar pagi yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Bagan Ajam yang berada berhampiran dengan laut ini memang menjadi tumpuan orang ramai yang ingin merasai makanan di sini sambil menikmati pemandangan laut dari Bagan Ajam.

Di Bagan Ajam juga terdapat sebuah pantai yang dinamakan pantai bersih yang seringkali dikunjungi oleh pelancong yang datang ke sini. Merancang berkunjung ke Bagan Ajam tapi tak tahu tempat makan yang best di sini? Berikut adalah senarai beberapa restoran makanan laut yang best di Bagan Ajam, Pulau Pinang.

 

1. KARI KEPALA IKAN SEMPOI2X – SEAFOOD

Jika anda seorang peminat kari kepala ikan, restoran ini wajib anda singgah untuk mencuba masakan mereka. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen berpuas hati dengan hidangan yang ada di sini. Harga di sini juga murah.

Daripada ulasan di bahagian komen didapati sangat memuaskan dari pelanggan di restoran ini. Antara menu menu yang ada ialah kari kepala ikan jenahak yang popular di sini. Selain itu, ada juga asam pedas ikan pari dan jenahak, tomyam campur, ikan bawal dan ikan merah goreng. ikan bakar dan banyak lagi hidang lauk pauk yang dihidangkan bersama nasi dan juga masakan panas dan bergoreng yang lain.

Lokasi ini di 2, Jalan Mohd Saad, Kampung Bagan Jermal, 12300 Butterworth, Pulau Pinang. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin pada pukul 6 petang hingga 1.00 pagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:017-567 7926 4013

FACEBOOK PAGE:  https://www.facebook.com/profile.php?id=100087393310132

 

2. RESTORAN NELAYAN TERAPUNG UJONG BATU – SEAFOOD

Restoran Nelayan Terapung adalah sebuah restoran yang menyediakan banyak hidangan masakan kampung yang pasti sesuai dengan citarasa anda. Mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan di sini. Harga di sini juga murah.

Antara menu yang ada di sini ialah ikan bawal goreng garing, nasi campur bawal goreng, ikan bakar, ikan keli bakar, jenahak bakar dan banyak lagi.

Lokasi ini di TBP 4309, Balai Nelayan Ujong Batu Bagan Dalam, Butterworth, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali ahad pada pukul 10 pagi hingga 3.00 petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:018-403 2128

FACEBOOK PAGE:  https://www.facebook.com/profile.php?id=100065043668946

 

3. WARUNG MEE UDANG DIN SKOT – SEAFOOD

Peminat mee udang patut cuba port  makanan yang berada di bagan ajam ini. Warung ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan yang disediakan di sini. Harga di warung ini juga murah.

Antara menu menu yang ada disediakan di sini ialah mee udang iaitu makanan popular di sini, laksa udang, nasi goreng udang,kerang bakar, mee goreng seafood, koey teow udang special,  dan banyak lagi.

Lokasi ini di Jalan Teluk Air Tawar, Bagan Belat, 13100 Penaga, Pulau Pinang. Waktu operasi pada setiap hari pada pukul 12.00 pagi hingga 12.00 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel:04-3512292

FACEBOOK PAGE: MEE UDANG SKOT

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Bagan Ajam ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply