13 Tempat Makan Best Seafood Di Teluk Kumbar, Pulau Pinang | Teluk Kumbar adalah sebuah teluk atau bandar kecil yang berada berhampiran dengan Balik Pulau di Pulau Pinang. Kawasan Teluk Kumbar memang popular dengan restoran makanan laut yang popular dan menjadi tumpuan penggemar makanan laut tempatan dan bahkan orang luar yang berkunjung ke sini. Teluk Kumbar juga mempunyai pantai yang indah dan tercantik iaitu Teluk Bayu dan Pantai Pasir Belanda.
Teluk Kumbar sememangnya menjadi tempat pilihan utama pelancong yang datang ke sini untuk menikmati makanan yang beraneka. Jika anda ingin mencari tempat makan yang best yang ada di Teluk Kumbar, Berikut adalah 3 tempat makan seafood best yang ada di Teluk Kumbar Pulau Pinang.
1. ILYANA CAFE – SEAFOOD
Restoran ini popular dengan makanan seperti mee udang ,mee Ketam,kari kepala ikan, masakan melayu dan ala thai. Restoran ini juga mendapat rating yang tinggi di google dengan maklumbalas dari pelanggan terdahulu yang baik dan positif. Kebanyakkannya memuji layanan dan masakan di sini.
Antara menu menu popular yang ada di sini ialah seperti aneka makanan seafood, mee udang yang popular, sotong goreng tepung, nasi goreng udang, gulai ikan, butter prawn, siakap 3 rasa, mee goreng udang, dan banyak lagi aneka masakan panas dan sebagainya.
Lokasi ini di Bantan Hai Sen, Telok Kumbar, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali khamis pada pukul 3 petang hingga 11.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 016-583 0078
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ilyanacafe
2. SRI ANJUNG IKAN BAKAR – SEAFOOD
Sri Anjung ikan bakar menyediakan varieti masakan kampung berasaskan makanan laut. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kabanyakkan komen yang positif tentang hidangan di sini. Harga di restoran ini juga murah dan sesuai untuk anda dan keluarga mencubanya.
Antara menu makanan yang disediakan di sini ialah Masakan Panas Tomyam ,Seafood fresh dari laut,Ikan Bakar,Ketam/Udang/Sotong Kari, baramundi three flavored fish, ikan grill, tomyam campur, siakap goreng, udang masam manis, sotong pedas dan banyak lagi.
Lokasi ini di Jalan Teluk Kumbar, Kampung Teluk Kumbar, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Waktu operasi pada setiap hari kecuali selasa pada pukul 6 petang hingga 11.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 019-432 1246
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063542594799
3. RESTORAN AYU MEE UDANG – SEAFOOD
Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan dan layanan yang disediakan di sini. Harga di restoran ini sangat murah untuk dicuba. Restoran ini menyediakan hidangan mee udang sebagai menu utama di sini.
Selain itu, terdapat juga menu lain yang ada di sini seperti nasi udang goreng, koey teow udang, maggi goreng udang, bihun kuah udang dan banyak lagi hidangan yang berasaskan udang.
Lokasi ini di 936-B Lengkok Kampung Masjid 1, Telok Kumbar, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin pada pukul 1.30 tengah hari hingga 9.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 012-465 2823
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranayumeeudang/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Teluk Kumbar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !